Tuesday, July 26, 2011

Ahlan Wasahlan RamadhanulKarim

Assalamualaikum kawan-kawan..

InsyaAllah, pejam celik pejam celik kita akan bertemu kembali dengan bulan yang penuh dengan barakah iaitu bulan Ramadhan. Kalau orang Melayu sebut bulan Puasa tapi lebih afdhal sekiranya kita sebut sebutan 'Arabnya terus. =)

Eloklah sekiranya kita saling mengingatkan sahabat-sahabat kita dengan ketibaan Ramadhan ni supaya akan lebih terasa excited dalam diri kita ni untuk menyempurnakannya dengan rasa gembira dan ikhlas. Macam kita mewar-warkan bulan Syawal dan keterujaan kita untuk menyambutnya so macam tu jugaklah kita seharusnya mewar-warkan Ramadhan ni supaya akan terasa lebih meriah. Meriah dengan amalan-amalan kita tau bukan meriah dengan juadah berbukannya! Ha...

Ingat! Berpuasa ni adalah kewajiban kita sebagai seorang Muslim untuk melaksanakannya seperti yang sudah termaktub di dalam Rukun Islam. Jadi, saya ingin mengingatkan diri saya dan rakan-rakan saya bahawa ianya suatu amalan dan bukan satu budaya. Maksudnya bila kita lihat orang lain berpuasa so kita pun puasa jugalah. Ish..jangan macam tu ye.

Kalau kita tengok cerita Upin & Ipin kat TV pun terasa seronok bila tengok amalan berpuasa di bulan Ramadhan ini disampaikan dalam bentuk genre yang lebih santai iaitu karton. Tapi memang sinonim lah kisahnya dengan kehidupan seharian kita kan. Bukan sahaja, kanak-kanak malah orang dewasa pun dapat mengikutinya. Juga boleh dijadikan sebagai hidangan santapan rohani untuk anak-anak untuk mengajar mereka hikmah berpuasa. Kalau ada anak-anak anda malas nak berpuasa, katakan saja, "Ish3..janganlah macamtu sayang, ce tengok upin ipin tu.. kecik-kecik pun dah belajar berpuasa. Tak malas pun. Seronok lagi ada la.." Ha..kan itu satu pendekatan yang mudah buat mereka betul tak? Secara tak langsung pun boleh mengingatkan kita sama.

Jadi, saya nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa buat semua kawan-kawan, blogger-blogger dan pengunjung-pengunjung blog ini. MAKSIMAKAN AMALAN..TINGKATKAN KESABARAN. Semoga dosa-dosa kita semua akan terampun secara total oleh Allah swt. Semoga kita mendapat pointer yang cemerlang dalam menghadapi ujian berpuasa ini. InsyaAllah. Amiin...

Wassalam..

Malu untuk Menjauhi Majlis Ilmu

Malu yang dianjurkan adalah malu melarikan diri daripada majlis ilmu. Ini sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Ketika Rasulullah sedang duduk di dalam masjid dikelilingi oleh para sahabat, tiba-tiba datang tiga orang lelaki. Dua orang mendatangi majlis Rasulullah dan seorang lagi pergi. Kedua-dua orang itu berdiri di hadapan Rasulullah. Salah seorang daripada mereka melihat ruang kosong di dalam majlis itu lalu dia duduk di situ. Seorang lagi duduk di bahagian belakang. Sementara orang ketiga telah meninggalkan majlis.

Apabila Rasulullah s.a.w. selesai menyampaikan ilmunya, Baginda bersabda: "Mahukah kalian aku beritahu kedudukan ketiga-tiga orang tadi? Bagi orang pertama, dia berlindung kepada Allah, maka Allah pun melindunginya. Orang kedua, dia malu, maka Allah malu terhadapnya. Sedangkan orang ketiga, dia berpaling, maka Allah pun berpaling daripadanya." (Riwayat al-Bukhari no. 66)

Ibn Hajar menjelaskan bahawa lelaki kedua itu malu untuk pergi meninggalkan majlis ilmu seperti yang dilakukan oleh rakannya yang ketiga. Akibatnya, Allah malu terhadapnya iaitu Allah merahmatinya dan tidak menghukumya. Inilah rasa malu yang dituntut. Malu untuk menjauhi majlis ilmu. (Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, jil. 1, halaman 157)

Sumber: Solusi - Isu no. 32 (halaman 94)

Sunday, July 24, 2011

Al-Qaradhawi desak negara Arab awasi Israel

Oleh: Abdel Rahman Abu Rumi

Tunis: Pendakwah terkemuka, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan negara-negara Arab agar sedar dan serik dengan tipu helah Yahudi terhadap isu Palestin yang sudah memakan masa tempoh yang berpanjangan yang seolah-olah tidak ada petunjuk kepada penghujung krisis tersebut.

Golongan Yahudi ini katanya, sudah menipu umat Islam khususnya rakyat Palestin kerana masih tidak mahu berganjak dari bumi Palestin sampai ke hari ini, malah menyusahkan rakyat negara itu dengan membina tembok pemisah yang tidak sah oleh PBB dan masyarakat antarabangsa, malah bantahan itu tidak didedahkan oleh mereka.

Beliau bercakap dalam satu persidangan anjuran Yayasan al-Quds di Tunisia dan beliau juga merupakan pengerusinya sambil memberi teguran agar persidangan kemuncak Arab yang berlangsung di negara berkenaan baru-baru ini lebih waspada agar tidak memberi kelonggaran dan bersekongkol dengan Zionis itu seperti apa yang dilakukan oleh Muammar Gaddafi yang berketurunan Yahudi.

Secara tegas beliau menyebut, pihaknya tidak dapat menerima apa jua alasan terdapat negara Arab yang masih mahu berbaik-baik dengan Israel, kerana kita tidak mahu masuk lubang biawak dua kali seperti yang pernah diingatkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya sebagai peringatan kepada sahabat dan umatnya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Ulama Islam Antarabangsa yang beribu pejabat di London, selanjutnya menegaskan bahawa beliau berasa kecewa yang amat sangat kerana Mesir pada era Hosni Mubarak dan Jordan mengadakan rundingan damai dengan Israel sementara itu terdapat pula negara-negara Arab yang masih meneruskan hubungan diploamtik dengan Israel, sedangkan pada masa yang sama, Israel mencabuli hak rakyat Palestin dengan pelbagai bentuk perlakuan yang boleh disifatkan sebagai biadab.

Beliau berterima kasih kepada pihak berkuasa sementara Tunisia yang sudi menjadi tuan rumah persidangan penting itu bagi mengingatkan negara-negara arab agar meletakkan Islam lebih penting daripada habuan dunia yang melalaikan, kesedaran timbul kerana kejahatan mantan presiden yang menyimpang jauh daripada Islam. -Rayig.com

Sumber: Harakah - Bil 1660 (25-28 Syaaban 1432)

Muhasabah Jiwaku

Termenung aku mengimbau masa lalu,
Mengamati rentetan kehidupan,
Mencari secangkir sinar keluhuran,
Buat bekalan di akhir penantian masa.

Menapak aku di bumi-Mu ini dengan penuh leka,
Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab,
Aku cuba bertahan di pasak kesabaran,
Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran.

Setiap detik yang mendatang menyentap benakku,
Mampukah aku meneruskan perjalanan,
Meredah belukar kebal duniawi,
Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi.

Ya Allah yang Maha Mendengar,
Berikanlah aku cahaya petunjuk-Mu,
Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya,
Masih teraba-raba di laluan yang rata.

Ampunkanlah segala dosaku Ya Rabbi,
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun,
Kurniakan aku kemanisan Cinta-Mu,
Agar aku diizinkan mencium haruman syurga-Mu.

Sumber: http://www.facebook.com/l/nAQD4sKK1AQC3gc-5YYROsB2FRj7LkNDA70RhfRyZ1ZLrgA/www.iluvislam.com

Thursday, July 21, 2011

100 tahun Al Imam Hasan Al Banna

Kalau dia masih hidup, maka umurnya sekarang 101 tahun. Tua sangat. Tapi dia sudah pun kembali kepada tuhannya hampir 60 tahun lepas. Jasadnya. Adapun namanya, jika dunia ini masih bertahan 1000 tahun lagi, maka ia pasti kekal 1001 tahun lagi.

Dia pencinta RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam, maka baginda pasti mencintainya juga. Justeru dia hampir memperolehi semua apa yang diperolehi baginda, kecuali nubuwwah ( kenabian ). Namanya dijulang setinggi – tingginya oleh para pencintanya di dunia. Apabila para malaikat turut mencintainya, maka sampailah namanya penuh gilang gemilang di lapis langit ke tujuh, di singgahsana pertemuan dua kekasih sebenar di malam mikraj itu.

Al Imam Hasan Al Banna meninggal dunia dalam usianya 43 tahun. Muda terlalu muda untuk meninggalkan pengikutnya yang terlalu menyayanginya. Ramai meratapi kematiannya. Di sebalik jeriji besi pemerintah kusi besi di zaman itu dan juga di luarnya. Dia ditembak mati agar dia mati selama – lamanya. Tetapi malang sekali, suaranya tak mati. Suaranya terus bergema menerawang menghantui kezaliman duniawi sambil menggamit cahaya kebenaran sehingga kini.

Beliau adalah mujaddid. beliau adalah seribu ulama. Kerana itu, beliau pergi dengan seribu ulama menggantikan tempatnya menyebarkan apa yang dikehendaki Allah untuk ugamaNya.

Tajdid adalah sunnah yang pasti untuk ugama Islam. Agama ini mesti kekal secantik dan seasli ia cantik dan asli di tangan RasuluLlah dahulu. Tiada lagi jalan, tiada lagi tali dan tiada lagi ugama selepasnya buat manusia mengenal dan menyembah tuhannya.

Sepanjang zaman, umat Muhammad sentiasa sahaja ditemani perjalanan mereka dengan para mujaddidin yang dihantar Allah untuk memperbaharui fikiran, iman dan amal mereka pada ugama mereka. Khalifah Umar bin Abdul Aziz memulakanya. Kemudian berderetanlah nama – nama ulama agung dalam sejarah umat ini.

Kita mengenali mereka pada sirah perjalanan dan pengajaran mereka. Untuk Al Imam Hasan Al Banna, kita turut mengenal wajahnya pada keasliannya. Lihatlah wajahnya, Allah melakarkan keindahan hebat yang terlukis dan terukir dalam seri wajahnya itu.

Beliau dikeluarkan untuk umat yang sedang tewas kepada kekufuran yang melanda dunia Islam secara total. Beliau menubuhkan Al Ikhwan Al Muslimin di Mesir sebaik sahaja benteng terakhir Islam, kerajaan khilafah di Turki runtuh berkecai. Saat itu, umat tersadai dalam bahtera karam dihempas gelora jahiliyah abad 20 yang mengganas seganasnya. Umat Islam sedang merentas laluan yang belum pernah dilalui sebelumnya.

Kita namakannya sebagai syumuliyyatul Islam ( Islam yang syumul ). Itulah tajdid Al Imam. Musuh menembak Islam bertalu – talu. Islam berkecai dalam kepingan – kepingan yang akhirnya hanyut dan terpisah – pisah dibedal arus ganas. Umat yang kelemasan bergayut pada kepingan mana yang mampu digapai. Sesetengahnya terus lemas ditelan badai.

Dalam tempoh yang sukar, mereka hidup di atas bahagian – bahagian yang terpisah itu. Dalam kepompong itu mereka hidup. Itulah Islam yang mereka fahami. Jika itu, tiada yang melanda kecuali perasaan putus asa, kekecewaan dan ketewasan menghadapi kehidupan.

Al Imam Hasan Al Banna datang membawa bahtera baru. Naiklah, inilah Islam yang syumul. Inilah bahtera kekuatan dan kemenangan yang dinantikan.

Dakwah dan seruannya itu cukup untuk cukup merimaskan jentera kekufuran. Kerana itu, dalam tempoh yang segera, beliau dihapuskan. Pembunuhnya bukan sembarangan. Pembunuhnya adalah pakatan kekufuran sedunia.

Biarkan pembunuh itu membunuh. Mati adalah kesudahan semua. Lunaknya, bagi pejuang Islam, kematian itulah kehidupan yang diimpikan. Al Imam telah mengecapinya. Kita sedang mengimpikannya.

Itulah catatan sekadar melepas rasa cinta. Kita para pejuang Islam hampir – hampir tidak mampu untuk melepas diri daripada legacy beliau. Kita terlalu mencintainya kerana kita tahu dia terlalu mencintai Allah dan Allah pasti mencintainya. Hasan Al Banna, dia mengajar kita mencintai Allah.

Tuhan kami, kami menagih cintaMu. Biarkan dan lepaskan kami dalam ketagihan..

Sumber: Masanya memilih jalan yang lurus
Link: http://nikabduh.wordpress.com/2007/07/28/100-tahun-al-imam-hasan-al-banna/

Monday, July 11, 2011

A Samad Said ajak golongan muda ubah negara-Khaulah Azwar

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mengajak rakyat jelata terutamanya golongan muda mengubah pemimpin negara melalui demokrasi untuk membentuk kerajaan baru yang adil, tulus dan berkebajikan.

“Kita berada disini adalah hak kita, kita berada di sini adalah sebab kita mencintai negara kita, yang tidak cintakan negara kita adalah Najib dan Umno," kata Samad ketika memberikan ucapan ringkas kepada peserta perhimpunan Bersih Sabtu lepas.

Beliau melahirkan rasa bangga dengan semua rakyat yang hadir dalam himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut hak pilihanraya yang bersih dan tulus untuk mengadap sultan bagi menyerahkan memorandum.

"Tetapi perjalanan kita disekat di semua penjuru oleh Polis dan FRU,” kata Pak Samad di hadapan rakyat yang berkumpul di hadapan Kuil Budha untuk menuju ke Stadium Negara petang Sabtu lepas.

“ Apakah salahnya rakyat berkumpul untuk menuntut hak. Negara ini bukan milik Najib dan Umno, negara ini bukan milik Rosmah tetapi negara ini milik rakyat. Ini rumah kita,” katanya.

Bagi beliau, rakyat ke stadium Merdeka dengan bertekad untuk menyatakan hak tetapi disekat, di layan buruk oleh pihak polis dan FRU.

Menurut Pak Samad, dia datang daripada KL Central. Namun belum pun sempat sampai KL Central mata beliau sudah pedih ditembak dengan gas pemedih mata yang sangat dasyat.

"Mata kanan saya terlalu pedih dan merah yang amat sangat. Beberapa wartawan yang jalankan tugasnya juga dilayan dengan kasar oleh polis. Beg wartawan juga di selongkar…mengapa teruk sangat mereka menjalankan tugas?" soal tokoh yang dinobatkan sebagai Sastrawan Negara itu.

Menurut Pak Samad, mereka datang memang ingin serahkan memorandum kepada sultan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil tetapi tidak kesampaian kerana polis telah sekat dan tidak bertolak ansur langsung dalam perbincangan dengan beberapa orang pimpinan NGO.

Berbagai alasan yang diberikan oleh polis. “saya benar-benar rasa kesal dengan tindakan Perdana Menteri Malaysia , Najib yang telah memungkiri janji kepada rakyat.

"Najib berjanji kepada kita akan beri pilihan untuk adakan himpunan sampai jam berapa pun kita tidak kisah, nak pekik telolong sampai ke pagi pun mereka tak peduli, tetapi bila kita pilih Stadium Merdeka, mengapa mereka berdolak dalih dan tidak membenarkan penganjur untuk adakan bersih di stadium.

"Bahkan semua urusan permit tidak diluluskan walaupun sudah beberapa kali diminta.

“Mengapa mereka tidak luluskan, adakah mereka takut dengan kebangkitan rakyat?” soal beliau.

Sehubungan itu, beliau memberikan peringatan:

“saya ingin ingatkan kepada semua rakyat. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi oleh itu, kita harus bijak gunakan demokrasi ini. Kalau kita tidak bijak orang akan peralatkan sistem demokrfasi negara kita untuk kekalkan kuasanya seperti apa yang berlaku sekarang," tegasnya. (Antara ribuan yang mendengar ucapan A Samad Said)

Menurut beliau, dalam demokrasi ada lunasnya yang perlu dihormati, antaranya mendengar suara rakyat bukan terus menolaknya. "Kita ini adalah insan."

Justeru itu, beliau berharap semua rakyat harus fikirkan masa depan negara ini.

"Masa depan negara kita terletak pada orang muda. Orang muda sahaja yang layak mengubah. Setiap orang muda harus fikir bagaimana untuk membantu membentukkan kerajaan yang baru," kata Samad yang diikuti dengan laungan takbir daripada rakyat yang berhimpun disitu.

Gandakan kejayaan Bersih 2007

Sementara itu pula Saudara Mazlan Aliman pejuang rakyat pula berkata, “walaupun kita hadapi ugutan dengan ancaman sekatan daripada pihak berkuasa polis yang dikuasai oleh Umno tetapi kita berjaya hadapi dengan tenang dan dapat berkumpul dengan aman melebihi 300, 000 rakyat yang datang dari seluruh negeri”.

Demokrasi petang ini mencatat sejarah apabila ratusan ribuan manusia berkumpul di merata tempat.

"Message ini jelas kita berikan kepada PM bahawa rakyat ingin menuntut pilihanraya yang telus dan bersih. Dengan itu saya harap kepada semua peserta himpunan Bersih 2.0 jadikan himpunan ini sebagai pusingan ke dua.

"Kalau 2007 ribuan penduduk berkumpul dalam himpunan bersih sehingga Pakatan Rakyat (PR) berjaya merampas lima negeri dan akan datang saya harap kita akan rampas semua negeri di Malaysia ini," katanya dengan disambut laungan takbir.

Beberapa badan NGO, aktivis anti ISA juga turut beri ucapan menuntut keadilan dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Sumber: Harakahdaily
Link: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4292-a-samad-said-ajak-golongan-muda-ubah-negara

A Samad Said ajak golongan muda ubah negara Khaulah Azwar

Sunday, July 10, 2011

Bersih berjaya capai matlamat - Dr Hatta Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 9 Julai: “Kita telah berjaya berhimpun di Stadium Merdeka dan ini menunjukkan kita telah berjaya mencapai matlamat kita.
Bersih berjaya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong benarkan kita berhimpun di Stadum Merdeka. Daulat Tuanku!"

Demikian ucapan Dr Mohd Hatta Ramli yang mengetuai perarakan ke Stadium Merdeka sebaik tiba di stadium itu sekitar jam 2.38 petang tadi bersama tidak kurang 10,000 orang penyokong Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

“Negara kita aman dan kita menjunjung tinggi keamanan, manakala perhimpunan ini kita adakan untuk mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita,” katanya.

Katanya, rakyat tidak perlu takut untuk berhimpun dengan aman kerana perhimpunan kita ini dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Bersih bersih, Bersih aman. Bersih bersih, Bersih aman. Bersih bersih, Bersih aman," ucap Hatta dengan disambut gema suara orang ramai di sisi sekatan pihak polis untuk ke pintu stadium.

Walaupun dihalang dan bebertapa orang pemimpin kita telah ditangkap, menurut Hatta, kita tetap berjaya juga ke Stadium Merdeka dan ini jelas melambang kejayaan Bersih 2.0 hasil semangat perjuangan yang tinggi yang ada pada kita.

Setelah beberapa minit berhimpun dan berucap dengan diselang seli ucapan Hatta dan beberapa orang pemimpin Pakatan lain, Dr Hatta mengumumkan perancangan seterusnya untuk berhimpun pula di KLCC.

Dr Hatta kemudian terus memimpin perarakan menuju ke KLCC dengan pelbagai laingan termasuk hidup Bersih, reformasi, takbir, ucapan dua kalomah syahadah.

Mereka melalui Lebuh Ampang, tetapi tibu dekat Jalan Pudu, mereka sekali lagi ditembak berdas-das gas pemedih mata oleh pihak polis.

Ini menyebabkan mereka berpecah tetapi bersatu semula kemudiannya lalu meneruskan perarakan ke KLCC.

Dr Hatta muncul sebagai wira dan menerima ucapan tahniah dari orang ramai.

Sumber: Harakahdaily
Link: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4275-bersih-berjaya-capai-matlamat-dr-hatta

Banyak perlu diperbaiki ekoran Bersih 2.0 - Timb menteri

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah (gambar) mengakui "banyak perkara yang perlu diperbaiki" oleh BN ekoran perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

Ketika bercakap kepada laman web The Malaysian Insider semalam, Saifudin berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagaicara menangani perhimpunan aman.

"Dalam konteks perhubungan politik, kita perlu perbaiki banyak," kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Temerloh itu.

Beliau bersetuju perhimpunan di stadium adalah lebih baik berbanding dengan di jalan raya namun dia tidak bersetuju dengan pandangan mudah bahawa "jika berlaku dijalan raya ia akan kecoh, kerana banyak juga perhimpunan di jalan raya berjalan dengan aman."

Perhimpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah perhimpunan aman untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi memohon agar pilihan raya diadakan dalam keadaan bersih dan adil.

Lapan tuntutan dikemukakan kepada SPR ke arah memenuhi hasrat itu.

Namun, kerajaan BN menyifatkan perhimpunan ini bakal menjadi kecoh dan menganggu keharmonian di ibu negara.

Perdana Menteri mencadangkan agar ianya diadakan di stadium dan bersedia untuk membantu mendapatkan stadium yang sesuai.

Selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Agung, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan perhimpunan ini akan diadakan di stadium dan Stadium Merdeka menjadi pilihan.

Namun, mesyuarat kabinet selepas itu memutuskan, perhimpunan itu tidak dibenarkan berjalan di mana-mana stadium di Kuala Lumpur termasuk Stadium Merdeka.

Polis pula yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri mengambil pendirian bertembung dengan perhimpunan ini dengan menyekat seluruh Kuala Lumpur umpama dharurat sebagaimana yang digambarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Ketua Polis Negara hari ini mengumumkan, 1401 peserta perhimpunan telah ditangkap termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, timbalannya, Haji Mohamad Sabu, Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Azmin Ali (timbalan presiden PKR) dan lain-lain.

Penangkapan Mohamad Sabu dibuat dengan kasar apabila motorsikal yang ditumpanginya dilanggar oleh sebuah kereta polis sehingga beliau terjatuh dan menangkap beliau.

Akibat rempuhan itu, lututnya luka berdarah dan sukar untuk berjalan tanpa bantuan.

Sumber: Harakahdaily

Link: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4280-banyak-perlu-diperbaiki-ekoran-bersih-20-timb-menteri