Saturday, June 25, 2011

Kami di Pesta Buku Selangor 2011



Pada hari jumaat bersamaan 24 haribulan yang lalu, saya bersama adik saya ke Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC ) untuk mengunjungi Pesta Buku Selangor 2011.
Memang puas hatilah dapat datang ke sana. Mana tak nya, kami disambut dengan berjuta2 buah buku dari pelbagai penerbitan seperti Karangkraf, Telaga Biru, PTS, Cerdik Publications, Ujang (Komik) dan lain-lain lagi.
Memang rambang mata la dibuatnya. Tak tau mana 1 nak dipilih. Beli je mana2 buku kat sana, dapatlah 10% diskaun. Dari pagi sampai ke petang kami di sana. Kami beli 7 buah. Apa pun memang best lah kat sana. Kalau tiap2 tahun dapat anjurkan pesta buku kat sini, tiap2 tahun jugak lah kami pergi. Hee… =D













Friday, June 17, 2011

TINGKAT MARTABAT MANUSIA

Darjat atau kedudukan martabat manusia serta nasibnya terbahagi kepada 11 darjat. Tingkat tertinggi terletak pada bahagian atas kemudian menurun satu demi satu sehingga ke lapisan bawah yang terakhir:-

1. Para Rasul

i) Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Mengepalai Rasul Ulu Al-‘Azm (yang memiliki kecekalan & ketabahan hati yang lebih)

ii) Rasul-Rasul Ulu Al-‘Azm sesudah Nabi Muhammad s.a.w.

  • Ibrahim ‘a.s
  • Nuh ‘a.s
  • Isa Putera Maryam
  • Musa ‘a.s

iii) Rasul yang 25 orang yang disebut di dalam Al-Quran (selain yang disebutkan 5 Rasul di atas)

iv) Rasul yang 313 orang yang nama mereka tidak disebut dalam Al-Quran

2. Para Nabi

Seramai 124,000 orang sejak Nabi Adam a.s. sampai ke Nabi Muhammad s.a.w.

3. Para Wali

Para ulama’ dan orang2 shalih. Inilah martabat tertinggi yang boleh dipohon oleh seseorang hamba Allah kini bagi mendekatkan diri dengan Allah. Mereka ialah kalangan ulama’ Rabbanni (‘alim & bertaqwa kepada Allah sepanjang masa).

4. Para Shidiiquun

Orang2 yang sangat membenarkan para Rasul seperti Abu Bakar as-Siddiq r.’a

5. Para Shadiquun

Orang2 yang benar lagi mengikut petunjuk Nabi s.a.w.

6. Para Ulamaa’

Ilmuan Islam yang banyak mencebur diri dalam bidang ilmiah & penyebaran Islam serta bertaqwa kepada Allah (mungkin mereka tidak banyak berzikir disebabkan sibuk dengan kegiatan ilmu).

7. Para Syuhadaa’

Orang yang terkorban di medan jihad atau mati dalam musibah yang besar seperti taun, lemas, sakit dalam perut dan lain-lain.


8. Para Shalihuun

Orang yang beramal shaliih yang mengikutkan ilmu agama yang tidak begitu mendalam serta ikhlas. Mereka terselamat dari seksaan Neraka malah mereka terus berjaya memasuki Syurga disebabkan iman & amalan shalihnya melebihi amalan jahatnya.


-----------------------------------------------------------------------------

9. Para Fasiquun

Iaitu sama ada para ulama’ (As-Suu’: Jahat, menyeleweng) atau bukan para ulama’ yang berani melakukan dosa (maksiat) besar dan selalu melakukan dosa2 kecil (di mana ia membawa menjadi besar).

10. Kaafirun

Orang yang mengingkari Allah & melahirkan kekufurannya. Mereka kekal di dalam Neraka.

11. Munafiquun

Orang yang hanya berpura-pura Islam sedang sebenarnya kafir. Mereka ditempatkan di dasar Neraka & kekal di dalamnya.

Sesungguhnya orang-orang munafiq itu berada di lapisan paling bawah (di dasar Neraka).

[An-Nisaa’ : 145]

‘Abdullah Al-Qari b. Haji Salleh (2005)

Tuesday, June 7, 2011

Serangan Minda

Assalamua’laikum wbt..

Hm.. seperti yang dijanjikan muncullah entry ini sebagai artikel ke 2 saya. Ingat lagi tak petikan ini?

‘Minda orang muda diisi dengan pelbagai hiburan, gosip, propaganda dan cerita dongeng moden yang kononnya sesuai dengan jiwa muda. Sebenarnya, ia hanya bagi mereka yang mencari keseronokan dan tenggelam dalam hidup tanpa arah tujuan.’

‘Saluran hiburan melalui media tumbuh tanpa kawalan. Malangnya, saluran itu tidak dapat membantu pembentukan peribadi yang lebih baik. Tetapi, ia hanya mempersembahkan hiburan kosong, melalaikan dan mendorong maksiat.’

Petikan di atas ini saya ambil dari sebuah buku dan saya pernah masukkan dalam artikel p’1 saya yang lepas. Pada artikel yang p’1, saya telah menyentuh tentang bagaimana minda kita sejak dari kecil lagi sudah ‘dijamahkan’ dengan hiburan iaitu hiburan kanak2 seperti karton dan cerita2 dongeng.

Kalau nak diikutkan, hiburan yang disediakan untuk orang dewasa terutama remaja, lagi DASYAT! Kalian semua mesti tau kan?? Banyak contoh yang saya boleh berikan untuk mengukuhkan statement saya ni.

Baiklah, disebabkan bidang maklumat ini merupakan bidang yang saya tuntut di kampus, jadi ingin saya fahamkan kepada pembaca2 blog semua definisi maklumat, dari konteks yang sebenar kerana ianya mempunyai kaitan dengan apa yang ingin saya terangkan.

Dalam konteks etimologi, perkataan maklumat dan ilmu adalah berasal daripada kata dasar sama, yang diambil daripada Bahasa Arab iaitu ‘Alima-Ya’lamu-‘Ilman atupun ‘Ilmu bermaksud pengetahuan yang disampaikan iaitu maklumat yang membawa maksud pengetahuan atau sesuatu perkara yang diberitahu.

Menurut Alvin Toffler, seorang sarjana maklumat semasa, bahawa maklumat adalah himpunan data-data yang disimbolkan kepada sesuatu peristiwa dan ia boleh dikembangkan lagi kepada bentuk ilmu & hikmah menerusi kaedah & memenuhi kriteria2 tertentu. Ini bererti informasi hanyalah himpunan data2 @ simbol2 yang tidak mempunyai sebarang makna kecuali setelah dikembangkan kepada bentuk ilmu. (Sains Informasi; Mohd Nor Mamat; 2005)

Apabila kita dah faham betul2 maksud maklumat seperti diatas, kita perlu tau pula ciri2 @ kriteria2 maklumat ini. Sifat2 maklumat ini ada banyak antaranya adalah accessibility, relevance & up-to-date. Dari sudut Islam pula, maklumat dan ilmu ini hendaklah BENAR, TEPAT, merujuk kepada sumber yang SAHIH, yang BERFAEDAH untuk mencapai objektif2 MURNI kearah mentawhidkan Allah. Dan ingin saya tambah bahawa maklumat ini perlulah disebarkan untuk tujuan meningkatkan tahap pengetahuan individu & masyarakat kerana maklumat ini boleh dikembangkan menjadi ilmu yang bermanfaat.

Apabila sesuatu data2 yang tidak mempunyai makna tersebut dikumpulkan oleh seseorang, ianya sudah terletak pada tangan individu tersebut untuk mengubah & mencoraknya sebelum disampaikan kepada orang lain. Individu yang mempunyai akal, dia akan membentuk data2 itu tadi menjadi sebuah maklmuat.. Ianya melalui proses KAJIAN, PENGUMPULAN, PENELITIAN & PENILAIAN dahulu sebelum DISEBARKAN kepada orang lain. Barulah boleh menghasilkan maklumat yang BENAR, TEPAT, BERASAS, SAHIH SUMBERNYA & berupaya untuk MENINGKATKAN PENGETAHUAN MANUSIA.

Namun malangnya, bagi individu yang mempunyai otak tapi tidak disertakan dengan akal fikiran akan menggubah, menggodam atau lebih buruk lagi mengada-adakan data2 ini menjadi suatu yang tidak benar, tidak sahih, menyeleweng dan lain2 lagi semata2 untuk memenuhi nafsu masing2 dan tanpa rasa malu menyebarkannya sesuka hati mereka. Apabila data2 ini tidak mencapai kriteria2 tersebut, ianya tidak akan terbentuk menjadi maklumat tetapi lebih tepat dikategorikan sebagai FITNAH, PROPAGANDA, KHABAR ANGIN, GOSSIP, PEMBOHONGAN, HASUTAN, MAKLUMAT PALSU dan lain2 lagi yang berkriteriakan negative!

Data2 seperti ini tidak boleh dinamakan sebagai maklumat kerana maklumat merupakan suatu elemen yang boleh bberkembang menjadi ILMU. Dan ILMU itu wajib disebarkan:-

“Sesiapa yang disoal kepadanya tentang sesuatu ilmu lalu ia sembunyikannya, Allah akan mengekang mulutnya dengan kekangan daripada api neraka di hari Kiamat”

(riwayat Abu Daud & At Tarmidzi)

Adakah data2 negative tersebut boleh dikembangkan menjadi suatu ilmu yang bermanfaat? Jadi apabila ia tidak boleh membentuk menjadi pengetahuan apatah lagi ilmu maka ianya tidak patut disebarkan & ianya hanya layak disebut sebagai SAMPAH! Kerana FITNAH, PROPAGANDA, KHABAR ANGIN, GOSSIP, PEMBOHONGAN dll ini sifatnya adalah hina, kotor, busuk, menjijikkan dan hanya akan meruntuhkan sifat kemanusian individu apatah lagi sehingga boleh memporak perandakan sesuatu hubungan masyarakat itu sendiri.

Inilah akibatnya apabila bukan golongan ilmuwan yg bertugas dlm bidang media

Jadi saya ingin bertanya kepada kalian. Sepanjang kehidupan kita ini, sejauh mana kita telah memperolehi maklumat yang betul2 maklumat itu? Dan adakah maklumat2 itu telah meningkatkan tahap pengetahuan dan membentuk peribadi kita menjadi insan yang lebih baik lagi? Cuba kaji balik saluran maklumat yang kita gunakan hari ini seperti TELEVISYEN, SURAT KHABAR, MAJALAH, INTERNET, RADIO dan lain2. Adakah anda berasa saluran2 ini telah menyampaikan maklumat SETEPATNYA secara 100%?

Jikalau maklumat yang disampaikan adalah benar, Alhamdulillah! Kita perlu berterima kasih kepada mereka yang berusaha untuk memajukan minda masyarakat ke hadapan. Tapi kita perlu tahu, bukan semua maklumat yang benar dan tepat itu patut disebarkan!

Sebagai contoh ya saya bagi. Masalah kelaurga & kes penceraian khususnya bagi golongan artis sudah menjadi perkara biasa dibualkan oleh masyarakat kita. Dari mana datangnya sumber ini sehinggakan masyarakat menjadi terlalu arif dan ‘pro’ dalam bidang ini? Sedangkan masalah2 seperti ini WAJIB dirahsiakan oleh pasangan yang sudah berkahwin dan mereka sendiri perlu memikirkan jalan @ cara terbaik dalam usaha menyelamatkan rumahtangga mereka. Rasulullah dah pesan pada kita, si isteri perlu simpan aib suami & suami juga perlu simpan aib isteri.

Tetapi mereka2 ini tidak berasa malu bahkan sudi meluahkan kekesalan mereka di media sehinggakan saya merasa jengkel melihat si isteri sanggup memenuhi wawancara temubual secara langsung di TV untuk menyatakan rasa sedihnya ditinggalkan suami dan menceritakan secara terperinci keburukan suaminya. Lebih memalukan lagi apabila mereka mengisytiharkan penceraian di TV & media2 lain. Sudah tidak cukupkah mahkamah syariah di bumi Malaysia ni? Tak cukup professionalkah hakim2 syarie kita sehinggakan secara tak langsung stesen media memegang amanat sebagai badan kehakiman & masyarakat pula mengambil alih tugas hakim & peguam dalam meletakkan hukuman kepada mereka?

Hm, bagaimana pula dengan isu kes liwat seorang menteri politik kita? Adakah benar kesahihannya? Bagi pihak yang tidak menerima isu ini mereka menamakan ia sebagai FITNAH II. Namun ada juga kelompok yang mempercayai kes ini memang berlaku. Sejauh mana pun kesahihannya, adakah kita rasakan perlu maklumat seperti ini gembar-gemburkankan? Adakah kalian rasa cerita2 seperti ini sepatutnya ‘disumbatkan’ ke dalam benak fikiran kita?


Sekiranyalah ia benar sekalipun, adakah kita patut menceritakan keaiban orang lain? Ajaran siapa itu? Ajaran Rasulullah ke? Adakah ajaran seperti itu Rasulullah didik pada kita? Adakah Rasulullah suruh kita menyebarkan fitnah @ mengheboh2kan kejahatan orang lain? Yang saya tahulah, Rasulullah pesan agar kita jauhi maksiat, jauhi fitnah, jangan bersangka buruk, jangan mengaibkan orang lain & setiap kesalahan yang dilakukan perlu diberi hukuman setimpal. Tapi?

Teringat saya pada satu hadith iaitu, ‘Apabila tiba akhir zaman, yang benar akan nampak salah; yang salah akan nampak benar.’ Bagaimana? Tepuk dada tanya iman. Namun segala2nya dalam pengetahuan Allah swt.

Hm, tidak kurang juga hebatnya penangan SURAT KHABAR2 pada hari ini sudah berani meletakkan tajuk2 yang mempunyai maksud lucah di muka hadapan. Lucu pula apabila teringatkan keluhan seorang kawan saya di facebook ‘Lagi tajuk lucah di muka depan surat khabar’. Ramai juga yang memberi komen. Antaranya mengatakan pihak wartawan telah mempunyai idea yang kretif lagi kritis dalam melariskan jualan surat khabar mereka. Bila saya fikir balik ini merupakan suatu taktik marketing yang sangat bijak buat mereka yang tamakkan keuntungan tanpa memikirkan nasib rakyat yang akan menyebabkan otak mereka menjadi TUMPUL dengan cerita2 yang nonsense!

Itu belum masuk majalah2 hiburan lagi. Saya ambil petikan ini dari buku bertajuk ‘GEJALA SOSIAL DALAM MASYARKAT ISLAM’ yang menyatakan bahawa antara faktor2 berlakunya masalah social pada hari ini adalah Majalah dan akhbar tempatan juga sering mengeksplotasi gambar perempuan seksi menghiasi halamannya’. Majalah yang paling menjengkelkan adalah majalah MANGGA yang selalu menjadi bahan bacaan anak2 muda. Tidak cukup dengan gosip2 artis & gambar2 artis yang macam2 pose nya, disertakan pula poster2 untuk anak2 muda kita tampal di dinding bilik untuk dijadikan role model mereka.

Secara kesimpulannya, pihak2 media perlu mendalami ilmu maklumat supaya mereka ada skill dalam MENILAI sesuatu maklumat itu adakah ia dapat mengembangkan & memajukan minda masyarakat @ sebaliknya. Pandangan saya ni bukan dari diri saya semata tetapi anda boleh baca buku2 @ artikel ilmiah lain bahawa pengaruh media adalah pengaruh yang utama yang menyebabkan berlakunya gejala sosial di kalangan masyarakat kita hari ini. Wallahua’lam..

Nadiah (8 Jun 2011)