Sunday, May 29, 2011

Kem Perdana SMK Telok Gadong 2011

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah.. Saya baru sahaja selesai membantu guru-guru mengendali sebuah aktiviti di sekolah. Bila ada program macamni, sekurang-kurangnya masa cuti saya selama 4 bulan ni terisi sikit. Seronok rasanya dapat tengok budak-budak sekolah ni menjalani aktiviti. Tengok juga cikgu-cikgu yang terlibat bertungkus-lumus bekerja membuat persiapan & menyediakan peralatan dari awal pendaftaran sehinggalah majlis penutupan. Merekalah orang-orang kuat program.

Program: Kem Perdana 2011

Tempat: Sekitar kawasan Sek. Men. Keb. Telok Gadong

Tarikh: 27 Mei – 28 Mei 2011

Penglibatan: Para pelajar dari setiap badan unit-beruniform (tingkatan 1-5)

i. Kadet Polis Sekolah

ii. Kadet Remaja Sekolah

iii. Kadet Bomba

iv. Kadet Pertahanan Awam (KPA)

v. Puteri Islam (PPIM)

vi. Pandu Puteri

vii. Silat

viii. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

27 Mei 2011 (Jumaat)

Program dimulakan dengan Sesi Pendaftaran pada jam 2.30 petang di mana saya membantu cikgu menyerahkan resit yuran pendaftaran kepada pelajar yang telah mendaftar. Mereka dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan iaitu dari kumpulan 1 hingga kumpulan 12 & setiap darinya terdiri daripada 12 ke 14 orang ahli.

Mereka mendengar dengan teliti taklimat yang diberikan oleh Kapten kem iaitu dikenali sebagai Puan Irene. Beliau menerangkan tentang peraturan2 kem yang perlu dipatuhi. Hm, kalau buat kesalahan, bersedialah dengan dendanya. Memang agak strict lah kan peraturannya. Biasalah tu, adat kem… saya pun dah alami perkara yang sama time sekolah dulu.. Ianya untuk menguji ketahanan diri.

Ha, lepas je minum petang & solat Asar berjemaah, mereka menjalani aktiviti pertama iaitu LDK1- Pulau Impian. Nama saya dipanggil untuk menjadi fasilitator untuk group 4. Tugas saya adalah untuk membantu ahli group tersebut dalam menjalani aktiviti2 mereka.



Mereka diberikan sehelai kertas kajang & diminta melukis sebuah pulau & letaklah infrastuktur2 yang diinginkan kat pulau tu. Time present memang kelakar melihat gelagat diorang ni, macam2 yang diorang nak letak.... ada istana sebagai pusat pentadbiran yang mempunyai seorang ratu, pelabuhan sebagai pusat perdagangan hanya kapal tertentu je boleh masuk, ada zoo sebagai kawasan pelancongan, sistem penjanaan kuasa elektrik, kawasan tanah perkuburan, dll. Tapi memang kretif & bijaklah diorang ni!

Bila group lain bertanya, “Di mana nak buang sampah kalau takde tempat pembuangan sampah?” Jawapannya, “penduduk kami hanya makan ikan & sayur2an je… jadi xdalah sampah yang nak dibuang.” Kemudian bergema bunyi2an dari group lain tanda x setuju dengan jawapan yang diberi.. mungkin x logik katanya.. huhu.. nak buat macamna kan, takkan semua kemudahan sempat nak lukis dlm tu & mungkin benda2 gah je diorang impikan. Huhu…





Malam tu ada aktiviti LDK2-Ikhtiar Hidup. Dengan dibekalkan tepung, telur, serbuk kari, minyak, garam, fire starter, arang dan ranting kayu,mereka diminta untuk memasak menu2 mengikut kretiviti masing2. Adat kalau dalam hutan, memang tu je la bekalannya. Telur tu kena masak dalam tanah. Tepung tu diorang uli & lilitkan kat batang2 pokok. Ha….yang x sedap akan jadi sedap bila dah lapar. Ikhtiarlah nak hidup… Pulak tu, group saya dari mula memang teramat susahlah nak hidupkan api.. Bila api dah nak mula hidup, dikipas laju2 tup tup padam.. Dengan kesusahan nak mendapatkan mancis yang terpaksa dikongsi dengan group2 lain memang menguji kesabaran diorang la kan. Ustazah yang datang menjenguk bersuara, “Ha..tu dia anak dara zaman sekarang. Kalau nak masak, petik je kat dapur. Nenek moyang kita dulu masak atas tanah guna arang, steady je.. hangpa ni nak hidupkan api pun payah” hm, dengan saya2 sekali tersengih memandang ustazah. Hehe…









Program seterusnya adalah aktiviti blind trail. Diorang kena tutup mata menggunakan kain yang dibawa then jalan mengikut tali2 yang dah diikat di setiap tiang dan bangunan. Pisahkan diorang dari kumpulan & ditinggalkan sorang2 kat satu tempat. Ketakutan diorang dibuatnya. Tujuannya untuk menguji keberanian diorang. Ala, kat kawasan sekolah je… lagipun, ramai cikgu2 ada kat sebelah.. cuma tak perasan je. Maklumlah, mata dah kena tutup. Huhu…





28 Mei 2011 (Sabtu)
Selesai sahaja mereka Subuh berjemaah, kuliah agama & sarapan pagi, aktiviti untuk hari tu adalah mengikuti pelbagai aktiviti dalam checkpoint2 tertentu. Setiap checkpoint, ada aktiviti yang berbeza yang mana semua group kena tempuhi. Antaranya, pertandingan kawad kaki, paintball, flying fox, rentas halangan dan lain2. Semua aktiviti ini memerlukan masa yang panjang. Jadi, dari pagi hingga petang, barulah semuanya dapat menghabiskan checkpoint2 tersebut. Setiap aktiviti ini dinilai oleh jurulatih2 yang menjaga setiap checkpoint tu.














Habis je semua aktiviti, mereka dibenarkan membersihkan diri masing2 sebelum pulang. Tapi sebelum tu, kenalah bersihkan tempat tidur, surau dan lain2 kawasan. Majlis penutupan dilakukan agak simple di mana guru-guru program membuat ulasan dan begitu juga seorang wakil dari peserta lelaki & perempuan. Selepas mengambil minuman petang & bersalaman dengan guru-guru, mereka pun berangkat pulang. (wah..dah macam buat report program plak an. Hehe..)

Wednesday, May 18, 2011

: : CINTA HATIKU : :


Alhamdulliah… saya baru je usai membaca sebuah buku nipis tapi bermanfaat yang bertajuk PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH & RASUL karangan Fatimah Syarha Mohd Nordin terbitan Telaga Biru. Diberi oleh seorang sahabat setelah diri ini berkongsi kesedihan dengannya tentang pengalaman putus cinta. Hhuuuu…


Buku ini sangat terkesan buatku kerana ia memberi panduan dalam memahami konsep CINTA dalam erti kata yang sebenar. Benar. Cinta itu adalah fitrah. Perasaan untuk disayangi & menyayangi itu juga fitrah. Cuma dalam Islam, ia menganjurkan kita agar perasaan ini disalurkan ke laluan yang lebih tepat & diberkati.

“Untuk memiliki CINTA YANG BAIK, lahir dari HATI YANG BAIK.”

“Dan untuk memperolehi INSAN YANG BAIK, DIRI KITA JUGA PERLU BAIK”


Oh, bila mendengar ungkapan ini, rasa macam takde harapan je. Sebab diri banyak kekurangan. Amalan masih compang-camping, dosa pula banyak tak terhapus lagi.


Sungguh! Aku sangat mengagumi insan yang bernama Qani’ah ini (watak yang diceritakan dalam buku).


Bagaimana dia menghadapi begitu banyak lelaki yang berniat untuk mengenali dan menjalinkan hubungan dengan beliau. Tapi tidak sesekali beliau mencemarkan cintanya pada orang yang bukan berhak. Cintanya hanya untuk Allah swt. Cintanya sangat ikhlas & teguh hanya padaNya. Oleh kerana itu, Allah menganugerahkan Qani’ah, cinta seorang insan yang juga mencintai Tuhannya.


Banyak sangat yang telah saya pelajari dari buku ini. Penulis menasihatkan kepada pembaca yang belum berkahwin agar menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu agar Dia akan mengaunugerahkan kita dengan jodoh yang terbaik buat kita kelak. InsyaAllah…


Kepincangan yang berlaku di dalam rumahtangga biasanya disebabkan oleh hubungan yang tidak dijaga semasa sebelum bernikah. yang melanggar syariah berbeda dari yang dipinta agama. Coupling, SMS, call, dating, ungkapan cinta & rindu, berpegangan tangan, berpelukan malah lebih dari itu.


Bahaya Cinta Sebelum Kahwin

1. Pasti kelak dirimu ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.

2. Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagimu seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanmu daripada-Nya.

3. Hati akan terseksa dengan barah rindu.

4. Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah & terhina di bawah jajahan syaitan.

5. Cinta lalai akan menyebabkanmu alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia & akhirat.

6. Dirimu boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar2 mabuk cinta.

7. Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa & perasaan.

8. Jiwamu terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk dirimu.

9. Jika dirimu & dia berjaya melangkah ke alam rumahtangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat yang mengundang padah kepada peribadi zuriatmu pastinya.


Ya Allah, itu adalah antara jalan2 yang pernah aku lalui. Jika diberi peluang, ingin saja aku putarkan semula masa & betulkan semua kesilapan yang telah aku lakukan. Aku malu Ya Allah! Aku malu! Aku malu!!!!!!!!!!!! Ampunkan aku kerana kejahilanku. Ampunkan aku kerana membenarkan diri ini mengikut telunjuk syaitan. Ampunkan aku kerana tidak berusaha memahami syariatMu. Ampunkan aku kerana mempermainkan & memperlekehkan laranganMu.


Seperti wanita2 yang lain, aku juga inginkan seorang suami yang baik. Tapi layakkah?? Kalau dapat sekalipun adakah aku dapat menghormatinya? Kerana aku bukan seorang yang baik. Aku takut derhaka. Aku takut tak mampu menghadapi badai rumahtangga nanti. Aku takut akan meninggikan suaraku kepada insan mulia yang bernama suami di mana terletaknya syurga di telapak kakinya.


Seperti watak Qani’ah tadi, aku akui, ada beberapa kali diri ini dilamar oleh lelaki yang ingin bernikah denganku. Mereka orang yang baik2, ada pegangan agama & mempunyai kriteria yang diimpikan oleh gadis-gadis lain. Namun, diri ini terpaksa menolak kerana masih belum bersedia. Sangat belum bersedia. Maaf kerana telah menolak niat kalian yang ikhlas itu. Saya Cuma takut perkara yang dulu berulang. Mungkin ada wanita lain yang lebih baik Allah anugerahkan untuk kalian. Beri saya ruang untuk perbaiki diri saya ini. Saya juga ingin belajar dari kesilapan lepas.


Kepada kawan2 diluar sana, jangan lakukan kesilapan yang sama seperti saya. Cubalah berpatah balik atau bagi mereka yang tidak pernah menjalinkan cinta dengan lelaki / perempuan bukan muhrim, saya ucapkan tahniah & saya ingin memberitahu bahawa saya sangat mencemburui kalian. Peliharalah cinta anda baik2 & letakkan harga yang sangat tinggi untuk cinta kalian itu. Cinta kita hanya untuk SUAMI/ISTERI kita. Tiada lainnya. Dan serahkannya kepada PENULIS SKRIP HAKIKI kita iaitu Allah swt yang telah mengatur takdir setiap umatnya sejak sebelum terbentuknya Adam lagi di dunia ini.


Sajak – Aminah Qutbh

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

tak semestinya manusia cinta kepada kita,

tetapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

kita akan cemburu kepada orang yang

mencintai orang yang kita cintai,

tetapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

kita akan turut mencintai orang yang

melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,

andainya dia adalah jodoh

yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

Maka,

campakkanlah ke dalam hatiku,

cinta kepadanya adalah kerana-MU,

dan campakkanlah ke dalam hatinya,

cinta kepadaku adalah kerana-MU.

Namun,

andainya dia bukanlah jodoh yang

ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

berikanlah aku kekuatan agar pasrah,

dalam mengharungi ujian,

yang Kau berikan kepadaku.


Monday, May 16, 2011

Jangan jadikan Malaysia darul FITNAH


Saya salah seorang daripada puluhan juta rakyat Malaysia cukup kesal dengan permainan politik pemimpin-pemimpin tertentu sama ada pemimpin politik dan pemimpin NGO yang ada ala-ala BN. Mereka semakin hari semakin menjatuhkan imej & maruah agama Islam sendiri demi kepentingan politik ala Yahudi yang suka kepada propaganda, provokasi & fitnah membabi buta kepada musuh politik.

Mereka suka lihat rakyat pelbagai bangsa & agama bergaduh, dan mungkin mereka bangga sekiranya rakyat Malaysia pelbagai agama & bangsa ini berperang sesama sendiri, yang penting kuasa politik mereka kekal walaupun penuh dengan najis & dosa penipuan.

Rakyat Malaysia impikan sebuah negara “demokrasi tulen” bukannya “demokrasi retorik atau ala Yahudi”. Kita mahukan sebuah negara yang aman, maju mengikut perspektif Islam, pemimpinnya adil & saksama, rakyat pelbagai bangsa & agama, hidup saling hormat-menghormati & penuh kasih sayang antara satu sama lain, semua parti-parti politik diberikan hak menyuarakan hak masing-masing sama ada melalui media cetak atau elektronik.

Sepatutnya pemimpin-pemimpin berperanan sebagai seorang bapa kepada semua rakyat tidak kira latar belakang agama & bangsa serta fahaman bukannya berlagak sebagai penyangak, pembuli, penghasut & penabur fitnah sampai lupa dosa & pahala, iman & kufur, syurga & neraka.

Cuba bayangkan kalau inilah sifat & gelagat pemimpin hari ini, apa yang akan terjadi kepada anak muda hari ini yang bakal mewarisi kepimpinan masa depan. Sepatutnya mereka mendidik rakyat agar memahami konsep sebuah negara sebagaimana yang disebut al-Quran bermaksud; “Negeri/negara yang baik & Allah mengurniakan keampunan.”

Sepatutnya pemimpin berusaha melahirkan “Generasi al-Quran” bukannya “generasi mabuk dengan hiburan”, sepatutnya pemimpin berusaha agar ahli politik khasnya & penjawat awam amnya “kuat beribadah & mempunyai sifat qana’ah” bukannya “malas beribadah & kaki rasuah”, sewajarnya pemimpin berusaha agar semua bangsa di Malaysia memahami “Islam sebagai cara hidup”.

Dalam kehidupan di dunia, tidak salah bagi orang bukan Islam tidak menerima Islam dari sudut anutan agama (sebagaimana maksud firman Allah SWT: “Bagi kamu agama kamu bagiku agamaku”, yang penting orang bukan Islam di Malaysia, baik MCA, DAP, GERAKAN, MIC & lain2 parti Cina dan India, mereka perlu diberi kefahaman “Islam sebagai Cara Hidup”.

Setakat ini saya melihat hanya PAS yang beria-ia & mempunyai komitmen tinggi untuk menyedarkan masyarakat non-muslim tentang cara hidup Islam. UMNO berpeluk tubuh & berlepas tangan bahkan dalam pada masa yang sama memperlekehkan usaha-usaha murni yang dibuat oleh PAS untuk memberi kefahaman Islam kepada rakyat Malaysia.

Buat akhbar harian Utusan Malaysia & Berita Harian cukuplah anda menimbunkan dosa hasil penulisan anda, & menghasut rakyat membenci ulama-ulama PAS, parti PAS, membenci hukum & syariat Islam, mengampu, menegak kebatilan & memadamkan kebenaran, menggugat keharmonian antara agama & bangsa, menegak sistem zalim.

Semua itu Islam tidak ajar. Islam mengajar hidup berkasih sayang sesama umat. Mata pena lebih tajam dari mata pedang. Rezeki untuk ibu anda, anak isteri anda datangnya hasil daripada tulisan anda, jangan sumbat rezeki hasil daripada tulisan fitnah ke dalam perut keluarga anda nanti ianya akan jadi darah daging mereka. Ingatlah amaran hadis nabi s.a.w: “Setiap daging yang tumbuh daripada rezeki haram, maka nerakalah utama buatnya”.

BENCI FITNAH & ZALIM - Emel