Saturday, November 27, 2010

:: MAKLUMAT ::


Merupakan satu benda yang subjektif. Hidup kita dikelilingi dengan maklumat. Mustahil setiap nafas kita di muka bumi ini terhenti dari menerima maklumat. Hebatnya maklumat ini sebab ianya boleh didengar dan ditutur, dilihat, dihidu, dipegang, dirasa, dialami dan bermacam-macam lagi.

Selalu kita buat panggilan dengan kenalan kita melalui phone. Ada… je perkara yang kita nak bualkan dari perkara yang remeh hingga perkara yang sangat2 urgent. Dengan medium yg sgt mudah dimiliki sekarang yg kini boleh di dapati dgn hrga semurah RM80, budak2 sekolah pun sudah ramai yg memilikinya. Cuba tanya plak students IPT, memang tidak menjadi hairan klau seorang student tu memiliki lebih dari satu hphone tapi akan menjadi perkara yang pelik, lagi ajaib, klau ada student yg langsung xde hphone. Memang pelik. Bak kata lecturer saya, hphone tu skrg bukan lgi merupakan satu kehendak tapi KEPERLUAN. Bayangkan klau kita keluar rumah tanpa hphone, rasa macam tak boleh nak bernafas. Dunia terasa kecil. Sebab alat yg kecil ditangan tu lah boleh menyelamatkan kita lebih2 lagi jika menghadapi perkara2 yang mencemaskan.


Teringat plak saya dengan Pak Uda saya yg post satu soalan cepumas kat fb nyer. Soalannyer lbih kurang mcmni; “Adakah betul Graham Bell mencipta mesin fax?”


Ada plak org yg mmberi comment iaitu jwapan kpd soalan tu. “Jawapannya Graham Bell mencipta gigi geraham.”

Saya x dapat nak menahan gelak bila dapat tau Graham Bell mencipta gigi geraham. Bila masa plak gigi geraham dicipta oleh manusia? Bukan ke ia tumbuh sndiri di dalam mulut? Hahaha… Memang akan mengamuklah suma cikgu2 sains di Malaysia ni klau ada anak murid diorg yg jawab cam gitu. Hihi…

Graham Bell cipta telepon la. Itu subjek Sains time darjah bpe ek? Ntahlah.. xingat.. (tu la.. time skolah dulu malas belajar) hee…

Tapi jgn la salah faham, bukan telefon je yg mrupakan medium penyebaran maklumat. Telefon tu the basic medium org guna & skrg ni dah macam2 ada.. tambahan lagi dgn Internet yg mmudahkan manusia2 nak berkomunikasi & menyebarkan maklumat. Dengan ruangan chatting nyer seperti YM, instant mesagging,etc. ; dgn laman social seperti FB, MYSpace, Friendster, etc., Blog (cam blog sy ni, hee), Website dan lain2.

Melalui teknologi2 mcmni la, dunia terasa kecil, maklumat dapat diperolehi dgn cepat. Orang dah tak guna teknologi ni utk sampaikan maklumat social je tp ia dah jdi penting utk tujuan business & marketing, kerajaan & swasta pun dah apply Internet utk lancarkan kerja2 harian mereka. Sebagai contoh e-government. (www.malaysia.gov.my) kat laman ni ada bermacam2 maklumat yg rakyat boleh lawati seperti Perniagaan, Pelancongan, Kesihatan, Pendidikan dan sebagainya.

Ok, berbalik kepada pendahuluan saya tadi, macam mana maklumat boleh diLIHAT? Senang je..

Contohnya, anda sedang drive, anda lihat lampu isyarat berwarna merah so apa yg anda akan buat? Apabila anda lihat lampu isyarat tu dengan mata anda secara automatik maklumat tersebut akan masuk ke minda anda dan memberi direction untuk berhenti! Dan minda anda akan segera berfikir akan kesannya jika anda tidak berhenti. Ia akan menyebabkan kemalangan yang boleh meragut nyawa. So anda akan berhati-hati.


Selain itu, maklumat juga boleh diHIDU. Ibu anda sedang memasak di dapur. Selalunya anda akan boleh mengagak apa menu yg ibu awak sedang masak apabila aromanya berirama dari dapur ke ruang tamu. (masak kari? Ayam masak merah? Kuah kurma’? gulai? ) Yummy!! Hehe…

Maklumat juga boleh diRASA. Apabila anda makan masakan ibu anda itu dan seterusnya anda dapat manipulate sedap ke? Pedas ke? Tawar ke? Dan macam2 lagi.


Dan maklumat juga boleh diRASAI.. macam mana? Hm, contohnya an.. apabila anda bangun je dari tidur anda terasa badan anda lemah, kepala terasa berat, tekak terasa perit, mata terasa kuyu.. so apa yang anda akan fikir.. minda akan mula membuat kesimpulan yg mudah iaitu “Aduh, rasa macam nak demam je nih”.. dan anda akan membuat keputusan seterusnya iaitu “Kena segera gi klinik ni”.

Ha..itulah dari sesimple2 maklumat yg datang dalam diri anda hingga ke maklumat yg anda terima dari bacaan newspaper, buku2, pembelajaran dalam kuliah, ngaji alQuran, ceramah agama dan lain2 lagi.

Sebab itulah ingin saya katakan manusia TAK BOLEH HIDUP TANPA MAKLUMAT!

So kesimpulannya adalah maklumat tu tersangatlah penting untuk setiap individu tu sebab dengan maklumat tu lah kita bole berkomunikasi dan menjalinkan silaturahim sesama manusia. Maklumat dapat menambahkan kepekaan kita terhadap persekitaran kita dan maklumat juga boleh menambahkan tahap pengetahuan kita.

Maklumat juga memberi panduan kepada kita untuk membuat keputusan yang terbaik dalam hidup kita.. InsyaAllah… ^_^

1 comment:

  1. oh,trima kasih atas komen positif anda & trima kasih sudi mngunjungi blog saya. InsyaAllah saya akan post entry2 yang boleh di share bersama.. trima kasih atas doa dan peringatan anda.. =)

    ReplyDelete