Monday, November 15, 2010

MERANCANG MATLAMAT HIDUP ANDA


Assalamua’laikum semua..

Kali ni saya nak berkongsi dengan kawan2 semua berkaitan dengan MATLAMAT HIDUP. Sudah pasti kawan2 semua mempunyai matlamat hidup masing2 kan? Begitu juga dengan saya. Saya pun ada matlamat hidup saya sendiri untuk memandu saya menuju masa depan nanti.

Jadi selepas saya membaca sebuah buku yang bertajuk ‘BELAJAR CARA BELAJAR’ di bawah selenggaraan Rubiah Aksah & Ong Yea Jing, saya terasa sangat teruja nak berkongsi dengan kawan2 semua. Seperti mana saya yang inginkan kejayaan dalam hidup, saya pun nak juga lihat kawan2 saya berjaya. Tak dapat banyak, sikit pun saya akan cuba untuk bantu kawan2, melalui perkongsian ilmu ini. Orait, kita mula yup!! ^_^

Setiap manusia mempunyai jalan kehidupan yang tersendiri yang harus ditempuhi dengan penuh tabah & gigih. Tahun yang berlalu meninggalkan kenangan pahit & manis dalam ingatan. Setiap tahun, sebagai seorang pelajar, anda sepatutnya menguatkan azam untuk mencapai cita2 baru. Justeru itu, pastinya anda akan berani berhadapan dengan berbagai cabaran di dalam hidup anda. Disitulah anda perlu merancang MATLAMAT.

Capailah matlamat mengikut keupayaan diri tanpa mengambil kira kemampuan anda. Jangan jadikan kekurangan diri sebagai alasan kepada kegagalan anda. Fikirlah anda telah merancang dengan begitu teliti demi kejayaan anda. Rancanglah kehidupan dengan:-


1. Menentukan apa yang anda inginkan dalam hidup anda. Buatlah senarai dan bacalah matlamat anda setiap kali sebelum tidur dan ketika bangun tidur.

2. Menentukan siapa diri anda yang ingin anda bentuk. Senaraikan setiap personality yang ingin anda pupuk. Semua boleh terhasil sekiranya anda mempunyai kekuatan mental yang kukuh.

3. Menentukan matlamat2 jangka panjang (5 tahun @ lebih) untuk mencapai kehendak2 dan imej diri anda sendiri.

4. Menentukan matlamat2 jangka pendek (setahun @ kurang) untuk berusaha ke arah pencapaian objektif2 bagi memenuhi matlamat2 jangka panjang itu.

5. Membuat rancangan2 untuk mencapai matlamat2 itu.

6. Membahagi rancangan2 dan matlamat2 anda supaya anda boleh mencapainya sedikit demi sedikit setiap hari.

7. Belajar untuk berfikir dan merancang masa anda dengan bijaksana & berfaedah. Rancangan ini hendaklah disenaraikan satu per satu.


Ada formulanya tau kawan2 iaitu:-

RANCANGAN – KEYAKINAN – TINDAKAN – KETABAHAN – KEJAYAAN

Maksudnya di sini, setiap rancangan yang ingin kita capai, kita perlu sertakan dengan keyakinan bahawa kita boleh mencapai rancangan kita itu dengan bersungguh2. Tapi ianya tidak mencukupi jika tanpa tindakan. Inilah fasa yang sangat penting sebab tanpa tindakan ianya umpama ‘hangat2 tahi ayam’. Hanya angan2 kosong sahaja. Semua yang kita rancang, kita mesti buat! Ha.. kemudian of coz lah time kita nak melaksanakan rancangan kita tu, kita akan hadapi banyak rintangan, dugaan & halangan. So ia akan menguji tahap kesabaran dan ketabahan anda untuk berdepan dan menyelesaikan semua masalah yang wujud. Disinilah ia memerlukan kekuatan mental, emosi & fizikal kita. Selepas kita berjaya menempuhi semua rintangan tersebut InsyaAllah, kejayaan akan menjadi milik kita.

Allah dah berjanji dengan kita semua bahawa Dia akan menolong kita jika kita berusaha dan bergantung padaNya. InsyaAllah, kalau kita usaha lebih, kita akan dapat lebih. Kalau kita usaha biasa2 saja, kita akan dapat biasa2 je. Kalau kita buat ala kadar saja so janganlah mengharap yang lebih2 pulak betul tak? So kawan2 apa lagi? Panaskan enjin (Rancangan) , tekan minyak (Keyakinan) , RACE!!! (Tindakan)

Sampai ke garisan penamat dan dapatkan Piala yang menanti anda. (Kejayaan)

Waktu tu senyuman anda pun dah sampai ke telinga, hati berginjak riang! ^_^

Wah saya ni bermadah pula.. hihi.. well kawan2 itu hanya cebisan saja yang saya kongsikan. Ada banyak lagi tau.. nanti saya update lg kat blog ok.. SemoGa BerJaYa!! ^_^


No comments:

Post a Comment