Wednesday, December 8, 2010

Masyarakat Melayu LEMBAP?

Assalamua’laikum wbt…

Hari ini terdetik dalam diri saya untuk menulis artikel ini. Sekadar pandangan sendiri disamping untuk mengutarakan pendapat, keluhan dan cadangan dari minda saya yang sempit ini. Bila kalian baca je tajuk kat atas tu mesti ada rasa tersentap sikitkan? Lebih2 lagi bagi mereka yang benar2 bangga dengan bangsanya sendiri. Jangan risau, saya juga orang Melayu, orang Melayu seperti kalian dan saya juga bangga dengan bangsa saya. Jadi artikel ini selayaknya saya nukilkan untuk teguran terhadap diri saya yang serba kekurangan ini & juga buat rakan2 Melayu yang lain dengan niat untuk membuka mata kepala & mata hati kita.


Zaman semakin moden dengan arus pembangunan yang pesat. Tapi persoalannya adalah, dari keseluruhan kemajuan yang kita kecapi & nikmati sekarang ini, berapa banyak sebenarnya yang kita hasil @ cipta sendiri?

Kelengkapan senjata untuk menghadapi musuh seperti pistol, senapang, bom, jet pejuang dan senjata moden yang lain, adakah kita yang cipta? Kapal selam, kapal terbang dan pengangkutan ketenteraan yang lain, kita yang cipta? Sistem pengangkutan moden seperti LRT, kita yang cipta? Dan contoh yang paling mudah komputer, Internet, broadband, chip processor, orang Melayu ke yang cipta? Tidak… Tidak… bangsa kita tidak mencipta semua itu. Membuatnya mungkin tapi idea penghasilannya bukan dari orang Melayu.





Bukan niat saya untuk memperkecil-kecilkan kebolehan bangsa kita. Tidak sama sekali Cuma saya mahu kalian berfikir adakah kita sudah benar2 menguasai bidang teknologi ini sehebatnya? Bidang teknologi ini sudah muncul sejak dari kurun ke-7 lagi. Tak percaya? Cuba buka al-Quran. Dalam tu memang ada. Al-Quran telah diturunkan (wahyunya) sejak kurun ke-7 lagi yang di dalamnya lengkap dengan segala ilmu termasuklah sains & teknologi. Bermakna ia sememangnya wujud sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi.

Setujukah jika saya katakan yang kita hanya MENUMPANG kepakaran orang lain? Setujukah jika saya katakan yang kita ini hanya BERGANTUNG pada ilmu orang lain? Ini cuma sedikit sahaja soalan yang berbentuk sindiran pada kita. Cuba baca petikan ni pula;-

Bangsa Melayu dilihat sama sahaja dengan bangsa-bangsa lain sekiranya tiada Islam dalam jiwa. Cuma yang berbeza mereka maju, tetapi malangnya sudah kita tidak beragama, tidak juga maju. Pada pandangan manusia, kita adalah bangsa yang hanya tahu meminta dan tidak punya maruah.’ (Sabaruddin, 2010, hal. 112)

Nah! Ini dia kritikan untuk bangsa kita yang buat saya tersentak apabila membacanya. Bagi mereka yang buta hati, mereka akan menempelak penulis ini tapi bagi mereka yang terang akal, hati dan matanya, sedar dengan fenomena orang Melayu sekarang, akan amat bersetuju dengan penulis. Ia menunjukkan kita bukan sahaja cetek dalam menguasai ilmu moden malah lemah pula dari sudut agama & akhlak. Jadi tidak peliklah musuh Islam kita hanya memandang kita dengan sebelah mata je!

Nak tau tak kenapa otak kita dikatakan lembap? Penulis tadi ada jawapannya!

‘Minda orang muda diisi dengan pelbagai hiburan, gosip, propaganda dan cerita dongeng moden yang kononnya sesuai dengan jiwa muda. Sebenarnya, ia hanya bagi mereka yang mencari keseronokan dan tenggelam dalam hidup tanpa arah tujuan.’

‘Saluran hiburan melalui media tumbuh tanpa kawalan. Malangnya, saluran itu tidak dapat membantu pembentukan peribadi yang lebih baik. Tetapi, ia hanya mempersembahkan hiburan kosong, melalaikan dan mendorong maksiat.’

Boleh tak anda bersetuju dengan penulis? Masih tidak berapa setuju? Mari saya bawa anda ke bukti2 yang sangat senang difahami. Baiklah, bermula dengan zaman kanak2 kita. Saya waktu kecil2 dulu, selalu bergaduh dengan adik saya untuk menonton cerita karton. Berebut2 nak menguasai tv tu. Yang saya, nak tengok cerita Sailormoon, yang adik lelaki saya nak tengok kartoon lain. Entah apa entah yang dia nak tengok, saya dah lupa. Utlraman kot… =p ehem..waktu kita kecil2 dulu manalah kita nak tau benda (karton) tu berfaedah ke tak sebenarnya untuk kita. Best je, kita nak tengok. Tiap2 minggu kita buka untuk menontonnya dan penuh setia.

Tidak salah sebenarnya kita nak bagi anak2 tengok karton. Nak tengok, tengoklah, tapi biarlah releven dan bertepatan dengan reality hidup sebenar. Paling tidak pun tengok sekadar cukup untuk keperluan sebab mungkin alasan anda, anak2 ini perlu dijanakan minda mereka dengan sesuatu yang boleh membuatkan mereka berfikiran dengan lebih kretif & kritis. Tapi yeke?

Mungkin ya atau mungkin tidak. Kalau karton Detective Conan saya rasa ok. Ia memerlukan akal untuk berfikir dalam mencari penjenayah terhadap sesuatu kes. Karton Upin & Ipin pun ok sebab banyak nilai murni yang tertanam antaranya masyarakat berbilang kaum yang bersatupadu, sayang-menyayangi, persahabatan dan kisah pertama yang diterbitkan berkisar tentang bulan Ramadhan & Syawal. Ha..cerita2 macam ini lah yang memang sesuai untuk kanak2. Paling tidak pun USOP SANTORIAN. Ada kaitan dengan dunia reality.



Tapi yang lucunya, minda2 anak2 yang masih kecil ini ‘dihadapkan’ dengan siri2 karton yang berunsur karut-marut. Nak contoh?



“Ehem.. munculnya seorang ‘pahlawan’ yang bernama ULTRAMAN yang berhempas pulas melawan ‘raksasa cicak’. Dari bentuknya yang kecil tiba2 bertukar menjadi besar yang mempunyai ‘kuasa sakti’ yang boleh menghancurkan ‘dunia’. Dan seluruh penduduk bumi bergantung dan berbangga dengan kehebatan ‘pahlawan’ yang berjaya menentang raksasa jahat tadi. Huh!”

Paling hebat kalau ‘pahlawan’ ULTRAMAN tadi dibantu oleh ‘pahlawan2’ dari negara2 lain seperti POKEMON, DIGIMON, DORAEMON, SAILORMOON, TRANSFORMER, POWER RANGERS, THE POWERPUFF GIRLS dll..


(erm, tiba2 saya garu kepala. Rasanya semua tu saya dah pernah tengok!) Kesian pada budak2. Bila dah dewasa mereka akan terfikir, “Wujud ke semua kejadah tu? Alah! Karton je kot. Tak bagi apa2 effect pun.”

Persoalannya, Yeke tak bagi effect? Kalau fizikal memang la tak effect. Tak cacat. Tetapi mentality? Hati & rohani? Tak effect? Benda tu kita tak boleh sedar. Saya rasa saya dah rasai kesannya. Time tu asyik fikir nak ma….in…je! Malas nak belajar! Hidup ni seronok! Dulu saya pernah kena kejar dengan anjing. Nasib baik saya tak panggil ULTRAMAN!

Zaman kanak2 kita tak sehebat zaman kanak2 Saidina Ali. Kecil2 lagi dah matang dan dah banyak menguasai bidag2 ilmu khususnya ilmu wahyu. Sebab tu kadang2 kita dengar ada kanak2 yang berumur 6 tahun malah kurang daripada itu sudah pun menghafaz al-Quran dan memahami hadith2. Hebat bukan? Kita? Tang mana pula hebatnya? Menentang raksasa2 tadi? Alahai..LEMPABnya kita! Sekarang sudah NAMPAK bukan? Islam minta kita berdepan dengan dunia reality & ukhrawi tapi kita sentiasa hanyut dengan kedongengan! Musuh kita adalah orang kafir dan tempat kita memohon pertolongan adalah Allah. Dan musuh kita bukan raksasa dan tempat kita memohon pertolongan bukan DORAEMON! Malu kita dengan Saidina Ali dan sahabat2 nabi yang lain.

Saya dah tujukan keluhan dan sekarang saya nak bagi idea. Idea ini Insyaallah boleh menjana minda kanak2 untuk menjadi lebih kretif dan kritis dan bukan hanya belajar je! Melalui alternative yang sama iaitu media. Kanak2 pun nak tengok kartun bukan? selain daripada bersukan dan berekreasi.

Baiklah, apa kata jika syarikat penerbitan media yang boleh menghasilkan cerita adaptasi karton berkaitan dengan perjuangan PAHLAWAN2 Tanah Melayu dahulu menentang musuh tanah air iaitu penjajah. Kat sini boleh ditonjolkan watak2 TOK JANGGUT, DATO MAHARAJA LELA, DATO BAHAMAN, MAT SALLEH, RENTAP dll. Juga tentang kehidupan ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA. Ini sebagai satu kaedah pembelajaran dalam subjek Sejarah yang dikatakan susah nak difahami. Melalui ini, ia akan diketengahkan dengan medium yang lebih menarik, mudah difahami & menyeronokkan!

Ia boleh menanamkan sifat Patriotik dalam diri anak2 sejak dari kecil lagi untuk cinta dan berani untuk mempertahankan tanah air. Lebih mulia lagi, jika orang2 Melayu kita yang berpengalaman dalam bidang ini boleh menghasilkan cerita karton tentang PAHLAWAN ISLAM terdahulu memperjuangkan agama Islam seperti KHALID AL-WALID, SHALAHUDIN AL-AYYUBI, MUS’AB BIN UMAYR, HAMZAH BIN ABU MUTTALIB, dll. Nah! Rancangan karton ini sangat menepati syiar Islam dan sekaligus dapat meneguhkan iman mereka. Seingat saya ia pernah ditontonkan di RTM dahulu tapi lama dah tak keluar tv. Mungkin ia boleh diperbaharukan melalui produksi lain dengan idea yang lebih fresh. Tambahan pula, orang kita dah menguasai teknologi 3D. Ini boleh dibanggakan. Guna ke arah kebaikan!

Bila cerita2 sebegini berjaya dihasilkan, bermakna kita berjaya menyiapkan satu solusi, tapi ada lagi satu solusi yang perlu dilaksanakan iaitu sekat penyiaran cerita2 karton dongeng tadi dan yang seumpama dengannya. Pihak media hanya perlu siarkan cerita yang bermanfaat sahaja barulah masalah ini boleh diselesaikan sepenuhnya. Tidak perlu lagi membeli dan melanggan cerita2 ini dari luar negara. Bermakna bila kita dah MERAWAT jangan lupa pula untuk terus MENCEGAH!

Nantikan artikel lanjutan ke-2…

YanG KeSaL,

Nadiah



No comments:

Post a Comment