Friday, November 19, 2010

ASAL USUL SOLAT


SoLaT SuBuH

Manusia pertama yang mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s, iaitu ketika beliau keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihat oleh Nabi Adam ialah kegelapan dan ini membuatkannya merasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh mula terbit Nabi Adam merasa sedikit kelegaan lalu beliau solat 2 kerana

- Bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam.

- Bersyukur kerana siang telah menjelma.

SoLaT ZoHoR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu ketika Allah swt memerintahkan beliau agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s sedang seruan itu datangnya pada waktu gelincir matahari. Maka sujudlah Nabi Ibrahim 4 rakaat pertama kerana,

- Bersyukur bagi penebusan.

- Bersyukur kerana dihapuskan kedukaanya dan kedukaan anaknya.

- Bersyukur serta memohon keredhaan Allah.

- Bersyukur kerana korbannya telah digantikan dengan seekor kibas.

SoLaT ASaR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s ketika Allah swt mengeluarkan beliau dari perut ikan paus. Ikan paus tersebut telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang waktu itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus terselamat dari ujian ini lalu solat 4 rakaat kerana telah diselamatkan oleh Allah dari kegelapan iaitu,

- Kegelapan dengan kesalahan kerana meninggalkan umatnya.

- Kegelapan dengan air laut.

- Kegelapan dengan malam.

- Kegelapan kerana berada di dalam perut ikan.

SoLaT MaGHRiB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s, iaitu ketika beliau dikeluarkan oleh Allah swt dari kejahilan dan kebodohan kaumnya sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu solat 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan iaitu,

- Menafikan ketuhanan yang selain dari Allah swt dan bahawasanya Allah swt itu adalah Maha Esa.

- Menafikan tuduhan & tohmahan yang dilemparkan ibunya Siti Maryam yang dituduh melakukan sumbang hingga melahirkan Isa.

- Meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanyalah satu iaitu Allah swt Yang Maha Esa, tiada dua atau tiga.

SoLaT ISYaK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan sedang dalam dadanya penuh dengan kedukaan. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacita itu pada waktu Isyak yang akhir maka solatlah Nabi Musa 4 rakaat sebagai tanda bersyukur. 4 kedukaanya itu ialah,

- Berdukacita terhadap isterinya.

- Berdukacita terhadap saudaranya Harun a.s

- Berdukacita terhadap Firaun.

- Berdukacita terhadap anak Firaun.


No comments:

Post a Comment