Wednesday, December 29, 2010

= HAPPY BIRTHDAY to you NADIAH =


Assalamua’laikum wbt..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat IlaHi..



Hari ni aku masih lagi mampu bernafas di atas muka bumi milik TUHAN ini. Tak sangka, sudah genap 20 tahun aku memegang watak sebagai NADIAH BT SHAHRUM di atas pentas milik TUHAN ini. Pentas yang bukan sebarang pentas. Pentas yang diperbentangkan oleh-NYA yang menempatkan aku untuk menggalas tanggungjawab sebagai manusia terpilih. Terpilih untuk menjadi salah seorang dari berbilion2 makhluk yang menganuti agamaNya.

Alhamdulillah..aku dilahirkan di dalam ISLAM,

Alhamdulillah..aku dilahirkan sebagai UMMAT MUHAMMAD,

Alhamdulillah..aku dilahirkan sebagai WANITA,

Alhamdulillah..aku dilahirkan SEMPURNA PANCAINDERA,

Alhamdulillah..aku masih ada UMMI, ABAH & KELUARGA,

Alhamdulillah..aku RAMAI SAUDARA & RAKAN TERCINTA,

Alhamdulillah..aku hidup TIDAK SUSAH,

Dan banyak lagi KESYUKURAN yang perlu aku panjatkan SENTIASA.. TANPA HENTI.. PADA-NYA…


Dalam jangka hayatku selama 20 TAHUN itulah, banyak yang aku telah belajar dari kehidupan.. PENGALAMAN & KESALAHAN adalah GURU buatku.. Kerana itu, ia MEMATANGKAN diriku..

Buat KAWAN2 TERCINTA, TERIMA KASIH BANYAK2 atas UCAPAN & DOA’2 kalian di FACEBOOK saya ya..

Rasa TERHARU tiap kali menerima & membacanya. “Semoga ALLAH MERAHMATI KALIAN JUGA!”

Dan TIDAK LUPA kepada UMMI ku.. kerana hari ini juga merupakan hari ULANG TAHUN baginya. Tapi bukan ULANG TAHUN KELAHIRANNYA. Tapi ULANG TAHUN MELAHIRKAN ANAK SULONGnya..he.. BERUNTUNG juga jadi ANAK SULONG ni. Mana taknya, KELAHIRAN ANAK PERTAMA lah sangat2 dinantikan bagi pasangan yang SUDAH BERKAHWIN. hehe.. ^_^’

Last sekali, nak bagi ucapan kat DIRI SENDIRI plak lah...

"SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN NADIAH~ SEMOGA DIRIMU SEMAKIN KUAT UNTUK MENJALANI KEHIDUPAN AKAN DATANG. SEMOGA BERJAYA! CHAIYOK2!!!" =D



1 comment: