Wednesday, August 3, 2011

OPKIM ke Kelantan 2011

Alhamdulillah..saya baru sahaja selesai dari satu lagi program dan kali ini tempatnya jauh nun ke utara sana. Program ini adalah program kemasyarakatan antara pelajar-pelajar UiTM dan masyarakat kampung di sana. Antara butirannya:-

Nama program: Momen Anak Angkat & Sehati Fasilitator Siri II “Menjana Transformasi Remaja” (OPKIM)

Anjuran: Kelab Fasilitator Pelajat UiTM (Kampus Induk Shah Alam)

Penglibatan: Pelajar-pelajar UiTM Shah Alam (termasuk kampus Puncak Alam & Puncak Perdana) – 102 orang pelajar

Tempat: Rantau Panjang KelantanAlign Left

Tarikh: 28 Julai 2011 – 2 Ogos 2011


Taklimat pada malam pertama untuk penyerahan mahasiswa kepada keluarga angkat

Para pelajar berkumpul untuk aktiviti Gotong-Royong Sekampung

Menyiapkan bunga manggar


Rehearsal untuk majlis perasmian ketibaan tetamu & VIP

Persiapan pentas dan khemah

Majlis Perasmian Penyerahan Anak AngkatPertunjukan keselamatan dari Bomba

Pesta durian

Keluarga angkatku

Tentatif program:-

27 Julai 2011 (Rabu)

2.30 pm- 6.00 pm: Pendaftaran peserta perempuan di kolej Seroja & peserta lelaki di kolej Teratai

6.00 pm – 8.30 pm: Makan Malam & Solat

9.00 pm – 10.30 pm: Taklimat Pengenalan Program, LDK dan penyerahan baju program kepada peserta

11.00 pm: Bersurai

28 Julai 2011 (Khamis)

8.00 am – 7.30 pm: Bertolak ke destinasi

9.00 pm – 11.30 pm: Taklimat Program di Madrasah Taman Mas & Penyerahan Anak Angkat kepada penduduk kampung

11.30 pm: Bersurai (bersama keluarga angkat)

29 Julai 2011 (Jumaat)

10.00 am -10.30 am: Taklimat untuk Gotong Royong Sekampung & Pembahagian Tugas

10.30 am – 12.30 pm: Gotong-Royong Sekampung (Bunga Manggar & Membersih kawasan kampung)

12.30 am – 2.00 pm: Makan tengahari & Solat Jumaat

2.30 am – 4.30 pm: Memasak / rewang untuk Kenduri Sekampung

4.30 pm – 5.30 pm: Solat Asar Berjemaah

5.30 pm – 6.45 pm: Sambungan Gotong-Royong

6.45 pm – 9.00 pm: Persiapan Kendiri / Solat Maghrib & Isyak

9.00 pm – 11.00 pm: Kenduri Sekampung & Taklimat Keselamatan IPD

11.00 pm: Bersurai (bersama dengan keluarga angkat)

30 Julai 2011 (Sabtu)

10.30 am – 12.30 pm: Persiapan / Rehearsal Majlis Perasmian

12.30 pm – 2.00 pm: Makan tengahari & Solat Zohor Berjemaah

2.00 pm – 5.00 pm: Ketibaan tetamu dan VIP disambut dengan perarakan Bunga Manggar

Majlis Perasmian Program Momen Anak Angkat & Sehati Fasilitator Siri II

6.45 pm – 9.00 pm: Persiapan Kendiri / Solat Maghrib & Isyak

9.00 pm – 11.00 pm: Forum “Peranan Ilmuan Menuju Kehidupan”

11.00 pm: Bersurai (bersama dengan keluarga angkat)

31 Julai 2011 (Ahad)

Pagi: Bersama Keluarga angkat masing-masing

5.00 pm – 6.45 pm: Sukan Rakyat

6.45 pm: Bersurai (bersama dengan keluarga angkat)

1 Ogos 2011 (Isnin)

Bersama Keluarga angkat masing-masing

2 Ogos 2011 (Selasa)

9.00 am -10.00 am: Majlis Penutup

11.00 am: Majlis perpisahan dengan keluarga angkat

11.00 am – 7.00 pm: Bertolak ke UiTM Shah Alam

Silaturrahim

Pengalaman di sana memang seronok kerana dapat melihat & belajar cara hidup orang kampung lebih-lebih lagi di kawasan utara Malaysia. Masyarakat di sana memang sangat baik & ramah. Melayan kami seperti anak-anak sendiri. Cukupkan keperluan kami sebaik-baiknya walaupun bukanlah itu yang kami harapkan kerana kami datang untuk berbakti & menjalinkan ikatan dengan masyarakat luar. Alhamdulillah..saya dapat keluarga yang baik & penyayang. Ayah seorang imam masjid & pengusaha kilang balak. Mek suri rumah. Kat rumah banyak budak-budak comel, semuanya cucu-cucu mek & ayah.

Rewang

Ini adalah aktiviti yang menyeronokkan sebab kami pelajar-pelajar UiTM dan penduduk kampung duduk bersama-sama beramai-ramai atas satu tikar dan membantu menyediakan hidangan untuk kenduri pada sebelah malamnya. Ada yang memotong bawang, cili, timun, daging, membersihkan ikan masin, menanak nasi, mengisar cili & bawang, kemudian memasak lauk tersebut di dalam kawah. Dalam masa yang sama, ada di antara mereka yang membuat bunga manggar dan memasang canopy di padang juga menyiapkan kedudukan pentas. Lepas selesai semua kerja-kerja tersebut, pada sebelah malamnya, kami makan beramai-ramai bersama dengan penduduk kampung.

Makanan

Banyak pengalaman baru yang saya belajar antaranya, orang di sana sarapan makan nasi berlauk. Kalau kita kat sini makan tengahari baru jamah nasi. Saya dapat rasa pelbagai jenis makanan antaranya yang popular kat sana nasi kerabu, budu, jering & petai, nasi air, mee celur, colek kaduk, somtam, locking goring/bakar, kuih buah tanjung, dan yang bertambah seronoknya kat sana sekarang sedang musim buah. Ada buah buah durian, manggis, salak, mata kucing, betik, tembikai dan lain-lain lagi. Buah-buahan tu amik dari dusun kat belakang dan ada juga yang ayah beli. Memang kenyang perut saya.. Dapat pula parent yang suka bawak gi makan. Hehe..

Shopping

Kawasan rumah keluarga angkat saya sangat dekat dengan sempadan Thailand. Tiap kali dari rumah nak ke kawasan program memang kena lalu kawasan pemeriksaan kastam. Kawasan tu juga dekat dengan kawasan bebas cukai, memang banyak tapak-tapak jualan seperti barang dapur, pakaian, cenderahati, peralatan rumah, makanan dan macam-macam lagi yang sememangnya murah sebab tu orang dari pelbagai negeri termasul KL pun datang beli barang kat sana.

Untuk aktiviti bersama keluarga angkat, family bawa kami gi Munduk Thailand. Kat sana barang-barang lagi murah sebab mata wang sana lebih murah daripada matawang kita. So nak ke sana kami naik bot untuk menyeberang sungai. Ternyata memang banyak barang yang dibeli terutama mek sekeluarga.

Perpisahan

Pada hari terakhir, kami semua bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Shah Alam. Selepas saya meletakkan barang-barang ke dalam bas, saya bertemu semula dengan family angkat untuk saat-saat terakhir. Saat saya mencium tangan mek, hati saya terasa sebak. Saya peluk mek dan saya tak mampu nak angkat semula kepala saya sebab saya tak sanggup nak lepaskannya. Layanan yang diberi selama 5 hari kepada saya dan gelak ketawa kami selama tinggal bersama memang tak dapat dilupakan. Lebih-lebih lagi mek sangat mudah ketawa dengan gurauan saya. Begitu juga adik angkat saya, Nur yang suka bawa saya jalan-jalan dengan motornya. Begitu juga dengan Nur, dia juga mengalirkan air mata saat kami berpelukan. Mak Soh yang merupakan mak cik Nur juga mengesat-ngesat air matanya saat saya ucapkan terima kasih padanya. Tak boleh lupa bila Mak Soh paksa saya makan makanan pelik walaupun saya menjerit Tak Nak!! Hehe… Mak Soh juga la yang plan baik punya untuk ke Thailand.

Saya ucapkan terima kasih pada mek & meminta maaf andai ada menyusahkan mak sekeluarga. Mek pesan, kalau ada masa datang rumah lagi. Saya hanya menganggukkan kepala dan lepas tu tak dapat nak duduk lama-lama lagi kat situ, lepas memberi salam, terus saya naik bas sebab takut nangis lagi. Bila bas dah nak bergerak, saya lambai tangan kat mak sekelurga & bagi flying kiss dan yang membuatkan saya gembira dan bahagia, mak pun bagi flying kiss balik. Bila tengok memang comel mak buat macam tu.. he.. ^_^

Tak lupa juga pada ayah yang banyak berjasa membawa saya berulang-alik dari rumah ke tempat program. Ayah yang banyak belanja makan dan hadiah untuk kami. Walaupun ayah takda pada saat berpisah kerana terpaksa pergi bekerja. Terima Kasih semua kerana memberi saya kenangan yang sangat manis untuk dikenangkan. Ada jodoh, pasti kita bertemu lagi. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment