Saturday, August 27, 2011

Aktiviti Cuti Semester 4 bulan


Cuti semester selama 4 bulan (2o11) kali ni merupakan cuti yang paling panjang yang saya lalui sepanjang saya menuntut di universiti. Ia boleh jadi membosankan dan juga menyeronokkan bagi pelajar-pelajar seperti saya. Membosankan bila cuti 4 bulan ini tidak diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan menyeronokkan apabila kita bijak mengisi masa dengan aktiviti yang kita suka.

Masa mula-mula nak bercuti hari tu, bingung juga saya dibuatnya. Apalah yang nak dibuat hendanknya? Ummi ada suggest pada saya untuk bekerja tapi hati saya tak tergerak pula nak bekerja. Mungkin saya rasa tempoh kehidupan kampus saya ini belum sepatutnya lagi saya membanting tulang untuk mencari duit bekerja. Biarlah ianya berlaku apabila saya betul-betul tamat belajar nanti. Walaubagaimanapun, bekerja waktu cuti ni memang tak salah langsung kan. Boleh timba pengalaman. Tapi saya rasa untuk keperluan saya sendiri, saya perlu menambah ilmu lagi yang saya tak dapat waktu pembelajaran di dalamn kelas iaitu ilmu agama. Terasa masih lagi jahil kerana ilmu kifayah saya melebihi ilmu fardhu ain sedangkan ia sepatutnya perlu lebih dikuasai oleh kita sebagai seorang muslim.

Jadi saya kata pada ummi saya yang saya tak nak bekerja. Jadi mulanya cuti saya ke PTAR 1 UiTM Shah Alam dengan bas (nasib baik rumah dekat) untuk mencari beberapa buah bahan bacaan. Time cuti pun masih boleh pinjam buku. Yeah! he... Bahan bacaan yang paling saya suka baca, pinjam atau beli adalah buku-buku berkaitan tentang sejarah Islam, tokoh-tokoh pejuangan, konspirasi Yahudi @ musuh-musuh Islam, politik Malaysia dan dunia, percintaan & perkahwinan Islam, gejala sosial dalam masyarakat dan lain-lain.

Dulu saya suka baca novel macam novel cinta tapi sekarang kurang sebab saya rasa at the end saya tak dapat apa-apa melainkan angan-angan kosong sahaja. Jadi sekarang saya lebih tertumpu pada bahan yang lebih realisitik dan berasaskan fakta. Walaubagaimanapun, kita juga perlu berhati-hati sebab kadang-kadang bahan bacaan seperti sejarah politik dunia ni berkemungkinan tidak tepat dan mempunyai kepentingan pihak-pihak tertentu, jadi kita perlu baca banyak lagi dari pelbagai bahan dan sumber. Contohnya kita dikejutkan tentang isu subjek sejarah yang kita belajar di sekolah itu kebanyakannya salah dan tidak bertepatan dengan al-Quran dan ia lebih kepada berasaskan teori Darwin. Di waktu sekolah dulu, sejarah merupakan subjek favorite saya, tapi bila masuk U baru tau akan hal ni. Jadi perlulah saya recover balik ilmu sejarah tu dengan membaca bahan-bahan yang tepat.

Kemudian, masa cuti saya ini juga terisi dengan mengikuti aktiviti-aktiviti kampus dan luar. Alhamdulillah, tidaklah susah nak mengetahui dan mengikuti aktiviti yang diadakan sebab rata-ratanya saya dijemput sendiri oleh penganjur melalui call dan email. Antara program-program tersebut:-

1. Kem Waja Diri - Nur Lembah Pangsun, Selangor (Timbalan Presiden Gen-LIS & Timbalan Pengarah Program)
2. Kem Perdana 2011 - SMK Telok Gadong (Urusetia & Fasilitator)
3. Pesta Buku Selangor 2011 - Shah Alam
4. Seminar Memperkasa Generasi Muda (SMGM), UiTM 2011 - UiTM Shah Alam (Mentor)
5. Malam Irama Wahyu 3 -UiTM Johor (Mantan Persatuan IRAMA)
6. Seminar Pengurusan Acara - Nasyeed.com (peserta)
7. Menjana Transformasi Remaja : momen anak angkat & sehati fasilitator - Kelantan (peserta)
8. UNICnya Ramadhan 3 bersama UNIC - Batu Caves (Famili UNIC & fasilitator)

Alhamdulillah..semuanya saya dapat ikuti dengan jayanya dan dapat jugalah saya menimba sedikit ilmu & pengalaman di dada. Yang paling seronok sebab sentiasa dapat keizinan dari ummi & abah nak pergi program walaupun naik hairan juga mereka asyik program aje. huhu... (tak kira, nak gi jugak!) =p Lagipun diorang faham saya kebosanan di rumah waktu cuti panjang ni.

Namun di waktu cuti ini jugalah iaitu semasa bulan Ramadhan, nenek kesayangan saya pergi meninggalkan kami untuk kembali bertemu penciptaNya. Kemudian, saya bersama-sama family bergotong-royong membersihkan rumah nenek. Melipat baju-baju arwah nenek membuatkan hati sebak kerana si pemakainya tiada lagi pada Syawal nanti. Semoga arwah nenek ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman. Amiin.

1 comment:

  1. mcm mana nak dpt contact utk involve dalam aktiviti2 luar ni?

    ReplyDelete