Wednesday, May 18, 2011

: : CINTA HATIKU : :


Alhamdulliah… saya baru je usai membaca sebuah buku nipis tapi bermanfaat yang bertajuk PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH & RASUL karangan Fatimah Syarha Mohd Nordin terbitan Telaga Biru. Diberi oleh seorang sahabat setelah diri ini berkongsi kesedihan dengannya tentang pengalaman putus cinta. Hhuuuu…


Buku ini sangat terkesan buatku kerana ia memberi panduan dalam memahami konsep CINTA dalam erti kata yang sebenar. Benar. Cinta itu adalah fitrah. Perasaan untuk disayangi & menyayangi itu juga fitrah. Cuma dalam Islam, ia menganjurkan kita agar perasaan ini disalurkan ke laluan yang lebih tepat & diberkati.

“Untuk memiliki CINTA YANG BAIK, lahir dari HATI YANG BAIK.”

“Dan untuk memperolehi INSAN YANG BAIK, DIRI KITA JUGA PERLU BAIK”


Oh, bila mendengar ungkapan ini, rasa macam takde harapan je. Sebab diri banyak kekurangan. Amalan masih compang-camping, dosa pula banyak tak terhapus lagi.


Sungguh! Aku sangat mengagumi insan yang bernama Qani’ah ini (watak yang diceritakan dalam buku).


Bagaimana dia menghadapi begitu banyak lelaki yang berniat untuk mengenali dan menjalinkan hubungan dengan beliau. Tapi tidak sesekali beliau mencemarkan cintanya pada orang yang bukan berhak. Cintanya hanya untuk Allah swt. Cintanya sangat ikhlas & teguh hanya padaNya. Oleh kerana itu, Allah menganugerahkan Qani’ah, cinta seorang insan yang juga mencintai Tuhannya.


Banyak sangat yang telah saya pelajari dari buku ini. Penulis menasihatkan kepada pembaca yang belum berkahwin agar menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu agar Dia akan mengaunugerahkan kita dengan jodoh yang terbaik buat kita kelak. InsyaAllah…


Kepincangan yang berlaku di dalam rumahtangga biasanya disebabkan oleh hubungan yang tidak dijaga semasa sebelum bernikah. yang melanggar syariah berbeda dari yang dipinta agama. Coupling, SMS, call, dating, ungkapan cinta & rindu, berpegangan tangan, berpelukan malah lebih dari itu.


Bahaya Cinta Sebelum Kahwin

1. Pasti kelak dirimu ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.

2. Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagimu seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanmu daripada-Nya.

3. Hati akan terseksa dengan barah rindu.

4. Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah & terhina di bawah jajahan syaitan.

5. Cinta lalai akan menyebabkanmu alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia & akhirat.

6. Dirimu boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar2 mabuk cinta.

7. Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa & perasaan.

8. Jiwamu terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk dirimu.

9. Jika dirimu & dia berjaya melangkah ke alam rumahtangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat yang mengundang padah kepada peribadi zuriatmu pastinya.


Ya Allah, itu adalah antara jalan2 yang pernah aku lalui. Jika diberi peluang, ingin saja aku putarkan semula masa & betulkan semua kesilapan yang telah aku lakukan. Aku malu Ya Allah! Aku malu! Aku malu!!!!!!!!!!!! Ampunkan aku kerana kejahilanku. Ampunkan aku kerana membenarkan diri ini mengikut telunjuk syaitan. Ampunkan aku kerana tidak berusaha memahami syariatMu. Ampunkan aku kerana mempermainkan & memperlekehkan laranganMu.


Seperti wanita2 yang lain, aku juga inginkan seorang suami yang baik. Tapi layakkah?? Kalau dapat sekalipun adakah aku dapat menghormatinya? Kerana aku bukan seorang yang baik. Aku takut derhaka. Aku takut tak mampu menghadapi badai rumahtangga nanti. Aku takut akan meninggikan suaraku kepada insan mulia yang bernama suami di mana terletaknya syurga di telapak kakinya.


Seperti watak Qani’ah tadi, aku akui, ada beberapa kali diri ini dilamar oleh lelaki yang ingin bernikah denganku. Mereka orang yang baik2, ada pegangan agama & mempunyai kriteria yang diimpikan oleh gadis-gadis lain. Namun, diri ini terpaksa menolak kerana masih belum bersedia. Sangat belum bersedia. Maaf kerana telah menolak niat kalian yang ikhlas itu. Saya Cuma takut perkara yang dulu berulang. Mungkin ada wanita lain yang lebih baik Allah anugerahkan untuk kalian. Beri saya ruang untuk perbaiki diri saya ini. Saya juga ingin belajar dari kesilapan lepas.


Kepada kawan2 diluar sana, jangan lakukan kesilapan yang sama seperti saya. Cubalah berpatah balik atau bagi mereka yang tidak pernah menjalinkan cinta dengan lelaki / perempuan bukan muhrim, saya ucapkan tahniah & saya ingin memberitahu bahawa saya sangat mencemburui kalian. Peliharalah cinta anda baik2 & letakkan harga yang sangat tinggi untuk cinta kalian itu. Cinta kita hanya untuk SUAMI/ISTERI kita. Tiada lainnya. Dan serahkannya kepada PENULIS SKRIP HAKIKI kita iaitu Allah swt yang telah mengatur takdir setiap umatnya sejak sebelum terbentuknya Adam lagi di dunia ini.


Sajak – Aminah Qutbh

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

tak semestinya manusia cinta kepada kita,

tetapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

kita akan cemburu kepada orang yang

mencintai orang yang kita cintai,

tetapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

kita akan turut mencintai orang yang

melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,

andainya dia adalah jodoh

yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

Maka,

campakkanlah ke dalam hatiku,

cinta kepadanya adalah kerana-MU,

dan campakkanlah ke dalam hatinya,

cinta kepadaku adalah kerana-MU.

Namun,

andainya dia bukanlah jodoh yang

ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

berikanlah aku kekuatan agar pasrah,

dalam mengharungi ujian,

yang Kau berikan kepadaku.


4 comments:

  1. alhamdulillah. saya pun dah baca buku ni, sahabat baik yang hadiahkan waktu pertunangan saya tahun lepas. sangat membahagiakan bila dapat keluarga sakinah. moga-moga kehidupan kita kelak pun sebegitu rupa. amin ya rabbal alamin. ((:

    ReplyDelete
  2. salam ziarah...ina pon da bace buku 2, sgt best..ina sarankan nadia bace novel denyut kasih medik, suami fatimah syarha yg tulis..best jgk novel 2, psal perubatan islam & cara b'dakwah semasa merawat pesakit..best!

    ReplyDelete
  3. he..baguslah..dah ramai yg dah dapatkannya.Amin ya Rabbal alamin.. =) InsyaAllah, nanti saya try cari buku tu. kalau org dah kata best mesti best la kan.. trima kasih putri! ^_^

    ReplyDelete
  4. Salam..x sangke awk mmpunyai mint mendlm trhadp agme..satu anugrh yg sukar nk dpti pd kebnykn orang..mksdnye awk insan yg beruntung..sye bkn la pndai tp sekurg2nye dpt membri pndapt..ape pn yg pntg ble didtgkn seorng laki yg baek agmenye tuk meminang kmu make pilih la sbaek2nye jgn la menolk..skrnye x dpt nk buat kputsn make minx la prtolngn pada-Nya..

    ReplyDelete