Monday, May 16, 2011

Jangan jadikan Malaysia darul FITNAH


Saya salah seorang daripada puluhan juta rakyat Malaysia cukup kesal dengan permainan politik pemimpin-pemimpin tertentu sama ada pemimpin politik dan pemimpin NGO yang ada ala-ala BN. Mereka semakin hari semakin menjatuhkan imej & maruah agama Islam sendiri demi kepentingan politik ala Yahudi yang suka kepada propaganda, provokasi & fitnah membabi buta kepada musuh politik.

Mereka suka lihat rakyat pelbagai bangsa & agama bergaduh, dan mungkin mereka bangga sekiranya rakyat Malaysia pelbagai agama & bangsa ini berperang sesama sendiri, yang penting kuasa politik mereka kekal walaupun penuh dengan najis & dosa penipuan.

Rakyat Malaysia impikan sebuah negara “demokrasi tulen” bukannya “demokrasi retorik atau ala Yahudi”. Kita mahukan sebuah negara yang aman, maju mengikut perspektif Islam, pemimpinnya adil & saksama, rakyat pelbagai bangsa & agama, hidup saling hormat-menghormati & penuh kasih sayang antara satu sama lain, semua parti-parti politik diberikan hak menyuarakan hak masing-masing sama ada melalui media cetak atau elektronik.

Sepatutnya pemimpin-pemimpin berperanan sebagai seorang bapa kepada semua rakyat tidak kira latar belakang agama & bangsa serta fahaman bukannya berlagak sebagai penyangak, pembuli, penghasut & penabur fitnah sampai lupa dosa & pahala, iman & kufur, syurga & neraka.

Cuba bayangkan kalau inilah sifat & gelagat pemimpin hari ini, apa yang akan terjadi kepada anak muda hari ini yang bakal mewarisi kepimpinan masa depan. Sepatutnya mereka mendidik rakyat agar memahami konsep sebuah negara sebagaimana yang disebut al-Quran bermaksud; “Negeri/negara yang baik & Allah mengurniakan keampunan.”

Sepatutnya pemimpin berusaha melahirkan “Generasi al-Quran” bukannya “generasi mabuk dengan hiburan”, sepatutnya pemimpin berusaha agar ahli politik khasnya & penjawat awam amnya “kuat beribadah & mempunyai sifat qana’ah” bukannya “malas beribadah & kaki rasuah”, sewajarnya pemimpin berusaha agar semua bangsa di Malaysia memahami “Islam sebagai cara hidup”.

Dalam kehidupan di dunia, tidak salah bagi orang bukan Islam tidak menerima Islam dari sudut anutan agama (sebagaimana maksud firman Allah SWT: “Bagi kamu agama kamu bagiku agamaku”, yang penting orang bukan Islam di Malaysia, baik MCA, DAP, GERAKAN, MIC & lain2 parti Cina dan India, mereka perlu diberi kefahaman “Islam sebagai Cara Hidup”.

Setakat ini saya melihat hanya PAS yang beria-ia & mempunyai komitmen tinggi untuk menyedarkan masyarakat non-muslim tentang cara hidup Islam. UMNO berpeluk tubuh & berlepas tangan bahkan dalam pada masa yang sama memperlekehkan usaha-usaha murni yang dibuat oleh PAS untuk memberi kefahaman Islam kepada rakyat Malaysia.

Buat akhbar harian Utusan Malaysia & Berita Harian cukuplah anda menimbunkan dosa hasil penulisan anda, & menghasut rakyat membenci ulama-ulama PAS, parti PAS, membenci hukum & syariat Islam, mengampu, menegak kebatilan & memadamkan kebenaran, menggugat keharmonian antara agama & bangsa, menegak sistem zalim.

Semua itu Islam tidak ajar. Islam mengajar hidup berkasih sayang sesama umat. Mata pena lebih tajam dari mata pedang. Rezeki untuk ibu anda, anak isteri anda datangnya hasil daripada tulisan anda, jangan sumbat rezeki hasil daripada tulisan fitnah ke dalam perut keluarga anda nanti ianya akan jadi darah daging mereka. Ingatlah amaran hadis nabi s.a.w: “Setiap daging yang tumbuh daripada rezeki haram, maka nerakalah utama buatnya”.

BENCI FITNAH & ZALIM - Emel

No comments:

Post a Comment