Sunday, May 29, 2011

Kem Perdana SMK Telok Gadong 2011

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah.. Saya baru sahaja selesai membantu guru-guru mengendali sebuah aktiviti di sekolah. Bila ada program macamni, sekurang-kurangnya masa cuti saya selama 4 bulan ni terisi sikit. Seronok rasanya dapat tengok budak-budak sekolah ni menjalani aktiviti. Tengok juga cikgu-cikgu yang terlibat bertungkus-lumus bekerja membuat persiapan & menyediakan peralatan dari awal pendaftaran sehinggalah majlis penutupan. Merekalah orang-orang kuat program.

Program: Kem Perdana 2011

Tempat: Sekitar kawasan Sek. Men. Keb. Telok Gadong

Tarikh: 27 Mei – 28 Mei 2011

Penglibatan: Para pelajar dari setiap badan unit-beruniform (tingkatan 1-5)

i. Kadet Polis Sekolah

ii. Kadet Remaja Sekolah

iii. Kadet Bomba

iv. Kadet Pertahanan Awam (KPA)

v. Puteri Islam (PPIM)

vi. Pandu Puteri

vii. Silat

viii. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

27 Mei 2011 (Jumaat)

Program dimulakan dengan Sesi Pendaftaran pada jam 2.30 petang di mana saya membantu cikgu menyerahkan resit yuran pendaftaran kepada pelajar yang telah mendaftar. Mereka dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan iaitu dari kumpulan 1 hingga kumpulan 12 & setiap darinya terdiri daripada 12 ke 14 orang ahli.

Mereka mendengar dengan teliti taklimat yang diberikan oleh Kapten kem iaitu dikenali sebagai Puan Irene. Beliau menerangkan tentang peraturan2 kem yang perlu dipatuhi. Hm, kalau buat kesalahan, bersedialah dengan dendanya. Memang agak strict lah kan peraturannya. Biasalah tu, adat kem… saya pun dah alami perkara yang sama time sekolah dulu.. Ianya untuk menguji ketahanan diri.

Ha, lepas je minum petang & solat Asar berjemaah, mereka menjalani aktiviti pertama iaitu LDK1- Pulau Impian. Nama saya dipanggil untuk menjadi fasilitator untuk group 4. Tugas saya adalah untuk membantu ahli group tersebut dalam menjalani aktiviti2 mereka.



Mereka diberikan sehelai kertas kajang & diminta melukis sebuah pulau & letaklah infrastuktur2 yang diinginkan kat pulau tu. Time present memang kelakar melihat gelagat diorang ni, macam2 yang diorang nak letak.... ada istana sebagai pusat pentadbiran yang mempunyai seorang ratu, pelabuhan sebagai pusat perdagangan hanya kapal tertentu je boleh masuk, ada zoo sebagai kawasan pelancongan, sistem penjanaan kuasa elektrik, kawasan tanah perkuburan, dll. Tapi memang kretif & bijaklah diorang ni!

Bila group lain bertanya, “Di mana nak buang sampah kalau takde tempat pembuangan sampah?” Jawapannya, “penduduk kami hanya makan ikan & sayur2an je… jadi xdalah sampah yang nak dibuang.” Kemudian bergema bunyi2an dari group lain tanda x setuju dengan jawapan yang diberi.. mungkin x logik katanya.. huhu.. nak buat macamna kan, takkan semua kemudahan sempat nak lukis dlm tu & mungkin benda2 gah je diorang impikan. Huhu…





Malam tu ada aktiviti LDK2-Ikhtiar Hidup. Dengan dibekalkan tepung, telur, serbuk kari, minyak, garam, fire starter, arang dan ranting kayu,mereka diminta untuk memasak menu2 mengikut kretiviti masing2. Adat kalau dalam hutan, memang tu je la bekalannya. Telur tu kena masak dalam tanah. Tepung tu diorang uli & lilitkan kat batang2 pokok. Ha….yang x sedap akan jadi sedap bila dah lapar. Ikhtiarlah nak hidup… Pulak tu, group saya dari mula memang teramat susahlah nak hidupkan api.. Bila api dah nak mula hidup, dikipas laju2 tup tup padam.. Dengan kesusahan nak mendapatkan mancis yang terpaksa dikongsi dengan group2 lain memang menguji kesabaran diorang la kan. Ustazah yang datang menjenguk bersuara, “Ha..tu dia anak dara zaman sekarang. Kalau nak masak, petik je kat dapur. Nenek moyang kita dulu masak atas tanah guna arang, steady je.. hangpa ni nak hidupkan api pun payah” hm, dengan saya2 sekali tersengih memandang ustazah. Hehe…









Program seterusnya adalah aktiviti blind trail. Diorang kena tutup mata menggunakan kain yang dibawa then jalan mengikut tali2 yang dah diikat di setiap tiang dan bangunan. Pisahkan diorang dari kumpulan & ditinggalkan sorang2 kat satu tempat. Ketakutan diorang dibuatnya. Tujuannya untuk menguji keberanian diorang. Ala, kat kawasan sekolah je… lagipun, ramai cikgu2 ada kat sebelah.. cuma tak perasan je. Maklumlah, mata dah kena tutup. Huhu…





28 Mei 2011 (Sabtu)
Selesai sahaja mereka Subuh berjemaah, kuliah agama & sarapan pagi, aktiviti untuk hari tu adalah mengikuti pelbagai aktiviti dalam checkpoint2 tertentu. Setiap checkpoint, ada aktiviti yang berbeza yang mana semua group kena tempuhi. Antaranya, pertandingan kawad kaki, paintball, flying fox, rentas halangan dan lain2. Semua aktiviti ini memerlukan masa yang panjang. Jadi, dari pagi hingga petang, barulah semuanya dapat menghabiskan checkpoint2 tersebut. Setiap aktiviti ini dinilai oleh jurulatih2 yang menjaga setiap checkpoint tu.














Habis je semua aktiviti, mereka dibenarkan membersihkan diri masing2 sebelum pulang. Tapi sebelum tu, kenalah bersihkan tempat tidur, surau dan lain2 kawasan. Majlis penutupan dilakukan agak simple di mana guru-guru program membuat ulasan dan begitu juga seorang wakil dari peserta lelaki & perempuan. Selepas mengambil minuman petang & bersalaman dengan guru-guru, mereka pun berangkat pulang. (wah..dah macam buat report program plak an. Hehe..)

2 comments:

  1. rindunya aktiviti mcm ni kan. biasa aktiviti akhir prog mesti yg menyentuh hati & perasaan.,. teringat ms anjurkan motivasi utk student sek last year, malam terakhir kami buat aktiviti keinsafan. pelajar di ikat matanya dgn kain. then tutup lampu (gelap-gelita) dan di dudukkan mereka jarak-jarak antara 1 sama lain. (dalam dewan). kami letakkan papan nisan dan lilin serta mancis utk mereka. bila mereka buka mata, mereka masih tak nampak apa2. then di tgn masing2 nyalakan lilin. terkejut bila ada cahaya, didepan mereka adalah papan nisan. ada yg menjerit2 ketakutan. masa tu pasang nasyid menanti di alam barzakh.

    Alhamdulillah, ianya sgt berjaya. kesemua mereka menangis kecuali sorg. tak tau lah knp ego sgt. huhu...

    ReplyDelete