Friday, June 17, 2011

TINGKAT MARTABAT MANUSIA

Darjat atau kedudukan martabat manusia serta nasibnya terbahagi kepada 11 darjat. Tingkat tertinggi terletak pada bahagian atas kemudian menurun satu demi satu sehingga ke lapisan bawah yang terakhir:-

1. Para Rasul

i) Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Mengepalai Rasul Ulu Al-‘Azm (yang memiliki kecekalan & ketabahan hati yang lebih)

ii) Rasul-Rasul Ulu Al-‘Azm sesudah Nabi Muhammad s.a.w.

  • Ibrahim ‘a.s
  • Nuh ‘a.s
  • Isa Putera Maryam
  • Musa ‘a.s

iii) Rasul yang 25 orang yang disebut di dalam Al-Quran (selain yang disebutkan 5 Rasul di atas)

iv) Rasul yang 313 orang yang nama mereka tidak disebut dalam Al-Quran

2. Para Nabi

Seramai 124,000 orang sejak Nabi Adam a.s. sampai ke Nabi Muhammad s.a.w.

3. Para Wali

Para ulama’ dan orang2 shalih. Inilah martabat tertinggi yang boleh dipohon oleh seseorang hamba Allah kini bagi mendekatkan diri dengan Allah. Mereka ialah kalangan ulama’ Rabbanni (‘alim & bertaqwa kepada Allah sepanjang masa).

4. Para Shidiiquun

Orang2 yang sangat membenarkan para Rasul seperti Abu Bakar as-Siddiq r.’a

5. Para Shadiquun

Orang2 yang benar lagi mengikut petunjuk Nabi s.a.w.

6. Para Ulamaa’

Ilmuan Islam yang banyak mencebur diri dalam bidang ilmiah & penyebaran Islam serta bertaqwa kepada Allah (mungkin mereka tidak banyak berzikir disebabkan sibuk dengan kegiatan ilmu).

7. Para Syuhadaa’

Orang yang terkorban di medan jihad atau mati dalam musibah yang besar seperti taun, lemas, sakit dalam perut dan lain-lain.


8. Para Shalihuun

Orang yang beramal shaliih yang mengikutkan ilmu agama yang tidak begitu mendalam serta ikhlas. Mereka terselamat dari seksaan Neraka malah mereka terus berjaya memasuki Syurga disebabkan iman & amalan shalihnya melebihi amalan jahatnya.


-----------------------------------------------------------------------------

9. Para Fasiquun

Iaitu sama ada para ulama’ (As-Suu’: Jahat, menyeleweng) atau bukan para ulama’ yang berani melakukan dosa (maksiat) besar dan selalu melakukan dosa2 kecil (di mana ia membawa menjadi besar).

10. Kaafirun

Orang yang mengingkari Allah & melahirkan kekufurannya. Mereka kekal di dalam Neraka.

11. Munafiquun

Orang yang hanya berpura-pura Islam sedang sebenarnya kafir. Mereka ditempatkan di dasar Neraka & kekal di dalamnya.

Sesungguhnya orang-orang munafiq itu berada di lapisan paling bawah (di dasar Neraka).

[An-Nisaa’ : 145]

‘Abdullah Al-Qari b. Haji Salleh (2005)

2 comments:

  1. sy sntiase skong dgn sgle yg awk kte kn....salam perkenalan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas sokongan.. Salam perkenalan. Bertemu kerana Allah, berpisah juga kerana-Nya. =)

    ReplyDelete