Tuesday, February 1, 2011

POLITIK & KITA


BismillahirRahmannirRahim..

Apabila melihat fenomena politik sekarang, selalu diri ini teringatkan Rasulullah s.a.w..

Tatkala kotak fikiran memikirkan perkara ini, hati menjadi sayu.. akal menjadi sesak. Perasaan kagum terhadap Rasulullah menekan-nekan jiwa ini… wajahku tertunduk & hati teresak-esak. Rasa sedih yang teramat sangat hingga menyatakan “Ya Rasulullah…kenapa tinggalkan kami?”

Mungkin post ini dianggap sensitive kerana saya ingin menyentuh tentang POLITIK. Tapi bagi saya, ia tidak mempunyai masalah untuk saya ketengahkan apa yang saya rasa. Lagipun bukanlah niat saya untuk menghentam mana2 pihak. Cuma saya ingin membawa remaja2 semua supaya ambil & guna sifat ‘kepekaan’ yang ada dalam diri kawan2, yang kawan2 tak gunakan langsung untuk memahami situasi negara & dunia sekarang. Post ini dinukilkan hasil daripada akal seorang remaja yang masih mentah tentang ragam dunia hari ini.

Bila seorang remaja yang sah didaftarkan sebagai seorang pelajar & mahasiswa, secara automatic hak untuk berpolitik adalah terbatas. Antara hak-hak tersebut ialah melibatkan diri dalam parti politik. Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 yang berbunyi:

15(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan Tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, dibawah atau mengikut Perlembagaannya, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Jadi kawan2, apabila kita semua sudah terikat dengan perlembagaan ini, tidak bermakna kita tidak perlu ambil tahu tentang pemerintahan di negara kita. Untuk ambil tahu, itu bukan satu kesalahan tapi untuk terlibat dalam parti politik itu salah (menurut undang2 Malaysia).

Mengapa saya katakan di sini kita perlu ambil tahu? Supaya kita akan cukup ilmu dan memahami kelebihan & kekurangan tampuk pemerintahan kita sebelum tiba giliran kita pula untuk menerajui negara ini. Bukankah salah satu tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini adalah sebagai khalifah… khalifah itu perlukan ilmu supaya dia mampu melaksanakan tugasnya bertepatan dengan kehendak Allah.

Saya ingin memetik kata-kata Professor Doktor Yusuf Qardhawi, sarjana pemikir tersohor, "Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan,lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur "بَلْدَةٌُطَيِّبَةٌوَرَبٌّ غَفُوْرٌ", tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku." - Artikel iluvislam.com

Siapakah generasi muda itu? Atuk nenek kitakah? Ibubapa kitakah? Jadi siapa?

Ternyata itu KITA bukan?

Agak2 kenapa ye ramai remaja sekarang tidak berminat tentang politik? Dulu saya memang tidak minat politik sebab bagi saya politik itu kotor.. tapi sejak umur meningkat belia, saya mula terfikirkan bidang ini. Ada seorang sahabat menyedarkan saya. Politik itu tidak kotor. Yang kotor itu adalah orang2 yang terlibat dalam politik itu.

Terdetik dalam hati saya, ye.. betul cakap dia. Politik itu tidak kotor. Rasulullah sendiri terlibat dalam politik. Kalau tak, mana mungkin baginda boleh jadi seorang pemerintah di sebuah negara bernama Madinah. Mana mungkin Rasulullah boleh memerintah rakyat yang berbilang kaum, suku & agama. Mana mungkin Rasulullah boleh mengikat hati2 semua rakyat untuk menjadi 1 ummah.

Kerana itu saya sangat mengagumi seorang pemimpin yang bernama Muhammad bin Abdullah.

Rasulullah sangat menyayangi setiap umatnya.

Rasulullah mendidik ummatnya dengan memantapkan pembangunan rohani dan bukan pembangunan material semata.

Rasulullah sangat menghormati orang bukan Islam(kisah baginda dgn pengemis Yahudi).

Rasulullah tidak takut berperang & mengajak ummatnya apabila maruah Islam dipijak-pijak.

Rasulullah sangat menjaga pergaulan rakyatnya antara lelaki & perempuan.

Rasulullah sangat selesa hidup miskin dan bersederhana.

Rasulullah tidak memisahkan urusan negaranya dengan agama.

Rasulullah sentiasa solat berjemaah di masjid bersama umatnya dan mengimamkannya.

Lihat, betapa hebatnya sikap seorang pemimpin ini sehinggakan akhirnya baginda dapat membentuk sebuah negara yang mantap lagi dikagumi oleh negara lain pada ketika itu.

Jadi adakah kita sudah berpuas hati dengan kemajuan di negara kita sekarang? Untuk memilih pemimpin yang terbaik ada dalam tangan kita. Untuk mendapat pemimpin yang jahat juga dari tangan kita. Jadi timbalah ilmu politik. Tak salah. Jika kita niat untuk memakmurkan muka bumi Allah ini sebaiknya. Jika kita tak nak menghalalkan yang haram (RASUAH, GEJALA SOSIAL, BUANG ANAK, ARAK, dll).. Pilihlah dengan tepat, dengan ilmu. Jika anda salah memilih, anda akan bersama-sama pemimpin tersebut untuk terjun ke dalam neraka. Nau’zubilahminzalik…

Klik ini;

http://rubbertapperz.blogspot.com/2011/02/pemimpin-islam.html

3 comments:

  1. Generasi kita yang membentuk masa depan kita! :)

    ReplyDelete
  2. 'Generasi kita' adalah anak2 kita pada masa hadapan.
    Jadi, kita yang sebenarnya yg akan membentuk masa depan kita & generasi kita akan datang. InsyaAllah! =)

    ReplyDelete
  3. Assalammua'alaikum..

    Perjuangkan ketuanan iman,bukan sekadar ketuanan melayu..

    InsyAllah ukhti boleh rujuk pada artikel ana

    http://ayam-jihad.blogspot.com/2010/12/politik-bangsa-atau-agama.html

    ReplyDelete