Alhamdulillah.. saya baru sahaja selesai mengikuti program:-
UNICnya Ramadhan bersama UNIC
anjuran FAMILI UNIC dan UNIC
di Nur Laman Bestari, Batu Caves Selangor.
Pada 20 Ogos 2011 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi hingga 21 Ogos 2011 (Ahad) hingga jam 12.30 tengahari.
Untuk program ini saya bersama-sama rakan fasilitator yang lain membantu motivator En. Fadzli UNIC dan Ustaz Fakhrul dalam mengendalikan kumpulan-kumpulan kecil adik-adik yang terlibat dalam program motivasi yang dijalankan. Antaranya adalah mengajar mereka bacaan al-Fatihah dengan betul, berbincang dengan adik-adik tentang apa-apa masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan mereka (ketika “Bunyi Sungai”) juga memberi motivasi kepada mereka di dalam Modul “Motivasi Anak Soleh”.
Saya diberikan 3 orang adik iaitu Azmine, Farah & Atiqah. Alhamdulillah, saya berasa mudah mengendalikan mereka kerana mereka sudi untuk meluahkan masalah dan berkongsi pengalaman hidup mereka kepada saya tanpa berasa malu ataupun kekok. Mereka juga sangat sporting.
Kesimpulannya saya sendiri berasa seronok sebab berpeluang untuk mengikuti program ni kerana dapat mengukuhkan lagi silaturrahim antara fasi-fasi dan abang-abang UNIC yang memang gila-gila orangnya. Ini antara gambar semasa program:-
20 OGOS 2011 (SABTU)
9.00 Pagi - Pendaftaran Peserta
10.00 Pagi - Ice Breaking & Potensi Diri
12.30 T/Hari - Rehat dan Check-In Chalet
1.30 Petang - Solat Zohor Secara Berjemaah
2.00 Petang - Bengkel Al-Fatihah Bersama Ust. Fakhrul
(Juara Akademi Al-Quran 3 & Ahli UNIC)
4.30 Petang - Solat Asar Secara Berjemaah
5.00 Petang - “Bunyi Sungai” Bersama Fadzli UNIC
6.30 Petang - Urus Diri Dan Rehat
7.15 Malam - Persiapan Berbuka Puasa
7.30 Malam - Iftar Jamaie
7.50 Malam - Solat Maghrib Secara Berjemaah
8.00 Malam - Tazkirah Maghrib
8.45 Malam - Solat Isyak Berjemaah
9.00 Malam - Solat Terawih Berjemaah
9.45 Malam - BBQ Bersama UNIC Di Tepi Sungai
Mini Show & Santai Bersama UNIC
11.30 Malam - Rehat Dan Tidur
21 OGOS 2011 (AHAD)
5.00 Pagi - Qiamulail
5.25 Pagi - Bersahur
6.00 Pagi - Solat Subuh Berjemaah
6.15 Pagi - Kuliah Subuh
7.00 Pagi - “Senam Pagi Pak Mat”
7.30 Pagi - Rehat & Urus Diri
8.00 Pagi - Modul “Motivasi Anak Soleh”
10.30 Pagi - Resolusi Program
11.30 Pagi - Majlis Penutup, Sesi Fotografi &Penyampaian Sijil
12.00 T/Hari - Bersurai.
No comments:
Post a Comment