Sunday, July 10, 2011

Banyak perlu diperbaiki ekoran Bersih 2.0 - Timb menteri



KUALA LUMPUR, 10 Julai: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah (gambar) mengakui "banyak perkara yang perlu diperbaiki" oleh BN ekoran perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

Ketika bercakap kepada laman web The Malaysian Insider semalam, Saifudin berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagaicara menangani perhimpunan aman.

"Dalam konteks perhubungan politik, kita perlu perbaiki banyak," kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Temerloh itu.

Beliau bersetuju perhimpunan di stadium adalah lebih baik berbanding dengan di jalan raya namun dia tidak bersetuju dengan pandangan mudah bahawa "jika berlaku dijalan raya ia akan kecoh, kerana banyak juga perhimpunan di jalan raya berjalan dengan aman."

Perhimpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah perhimpunan aman untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi memohon agar pilihan raya diadakan dalam keadaan bersih dan adil.

Lapan tuntutan dikemukakan kepada SPR ke arah memenuhi hasrat itu.

Namun, kerajaan BN menyifatkan perhimpunan ini bakal menjadi kecoh dan menganggu keharmonian di ibu negara.

Perdana Menteri mencadangkan agar ianya diadakan di stadium dan bersedia untuk membantu mendapatkan stadium yang sesuai.

Selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Agung, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan perhimpunan ini akan diadakan di stadium dan Stadium Merdeka menjadi pilihan.

Namun, mesyuarat kabinet selepas itu memutuskan, perhimpunan itu tidak dibenarkan berjalan di mana-mana stadium di Kuala Lumpur termasuk Stadium Merdeka.

Polis pula yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri mengambil pendirian bertembung dengan perhimpunan ini dengan menyekat seluruh Kuala Lumpur umpama dharurat sebagaimana yang digambarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Ketua Polis Negara hari ini mengumumkan, 1401 peserta perhimpunan telah ditangkap termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, timbalannya, Haji Mohamad Sabu, Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Azmin Ali (timbalan presiden PKR) dan lain-lain.

Penangkapan Mohamad Sabu dibuat dengan kasar apabila motorsikal yang ditumpanginya dilanggar oleh sebuah kereta polis sehingga beliau terjatuh dan menangkap beliau.

Akibat rempuhan itu, lututnya luka berdarah dan sukar untuk berjalan tanpa bantuan.

Sumber: Harakahdaily

Link: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4280-banyak-perlu-diperbaiki-ekoran-bersih-20-timb-menteri

Saturday, July 9, 2011

Friday, July 8, 2011

Rahsia Simbol Yahudi-Ibnuyaacob

Kulit depan buku

Saya baru sahaja usai membaca sebuah buku yang dibeli di Pesta Buku Selangor yang lalu. Ianya bertajuk "Rahsia Simbol Yahudi : membongkar rahsia simbol Freemason, Illuminati, Peace, Walt Disney, Nazi, Dollar,..." penyusun - Ibnuyaacob, terbitan MoonMedia.

Buku ini sarat dengan maklumat yang mendedahkan beberapa rahsia misteri tentang orang-orang Yahudi khususnya simbol-simbol yang berkaitan dengan agama mereka. Pendedahan yang terkandung di dalam buku ini pula adalah seperti mana hasil pembongkaran-pembongkaran yang dilakukan oleh penyiasat-penyiasat konspirasi dari barat.

Penulisan buku ini bermatlamat untuk mendedahkan perancangan rahsia golongan elit Yahudi Zionis dalam percubaan mereka menguasai dunia secara halus. "Negara kita Malaysia, juga tidak ketinggalan menerima bahang panas komplot konspirasi kuasa-kuasa besar tersebut"

Berikut adalah isi kandungannya:-

Bab 1 : Agama Judais
Bab 2 : Simbol Singa Judah
Bab 3 : Simbol Kabbalah
Bab 4 : Simbol Bintang Nabi Daud
Bab 5 : Simbol Freemason
Bab 6 : Simbol Illuminati
Bab 7 : Isyarat Tangan Illuminati Freemason
Bab 8 : Simbol Petir
Bab 9 : Simbol Helang
Bab 10 : Simbol Antichrist
Bab 11 : Simbol Nazi
Bab 12 : Nombor 666
Bab 13 : Simbol Pengakap
Bab 14 : Tengkorak dan Tulang
Bab 15 : Hormat Vulcan
Bab 16 : Konspirasi Dollar Amerika

Cendikiawan Islam terkenal seperti Sayyid Muhammad Qutb sendiri telah cuba memperbetulkan persepsi kebanyakan Muslim terhadap perancangan-perancangan golongan kuffar ini. Menurutnya,

"Kadang-kadang orang Islam berkata - tipu daya musuh sangat hebat tapi apa yang patut kita ingat ialah tipu daya itu bukanlah muncul pada hari ini atau kelmarin. Ia telah muncul sejak empat belas kurun yang lampau iaitu semenjak agama ini (Islam) diturunkan."
(Perlaksanaan Syariat Islam di Zaman Moden, 1991)

"Sesungguhnya kamu (Bani Israil) akan membuat kerusakan di muka bumu 2 kali dan kamu pasti akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar. Maka apabila datang saat hukuman kejahatan yang pertama dari kejahatan itu, kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan basar, lalu mereka mencarimu keluar masuk kampung ke seluruh negeri. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana" (QS. Al Israa' 4-5)

Saya cadangkan kepada kawan2 agar membeli buku yang bermanfaat ini untuk menambahkan pengetahuan kita tentang musuh-musuh Islam & seterusnya menambahkan kepekaan kita terhadap segala konspirasi-konspirasi yang sedang berlaku kini secara terang mahupun yang halus. Kerana saya yakin, apabila kawan2 membacanya, kawan2 akan merasa terkejut & tak sangka apabila ada di antara kita yang telah biasa melakukan simbol-simbol Yahudi ini.

"Sesungguhnya Yahudi & Nasrani tidak akan redha dengan kamu. Katakanlah 'sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi & Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al-Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu" (Al-Baqarah: 120)

Kulit belakang buku

Selain daripada buku-buku konspirasi ini, kawan2 juga boleh melayari laman web yang dikira aktif & amat komited dalam usaha menyebarkan isu-isu konspirasi dan majoritinya diusahakan sendiri oleh belia-belia Muslim.

Tajuk blog:- Dajjal: The King of the World Conspiracy
Link: http://ibnuyaacob.com/

Tajuk blog: -
Link: atasbawah.com

Tajuk blog: Bahtera Wawasan
Link: bahterawawasan.blogspot.com

Tajuk blog: Free Our Mind
Link: freeourmind-blog.blogspot.com

Tajuk blog: Illuminati = Dajjal
Link: illuminatidajjal.blogspot.com

Tajuk blog: Kumanddie Welcome You To Armageddon's Death Zone
Link: kumanddief.blogspot.com

Tajuk blog: Return of the King
Link: laskarmahdi.blogspot.com

Tajuk blog; Mistifiles
Link: mistifiles.blogspot.com

Tajuk blog: Awaken
Link: nusanaga.blogspot.com

Tajuk blog: Surah Al Kahfi
Link: surah-al-kahfi.blogspot.com

Tajuk blog: Akhbar Al Fitan: Shi'tes Are Dajjal Army
Link: tenteradajjal.blogspot.com

Politik “RoboCop”


Jika orang Islam berpolitik secara Islam, maka sudah tentu dunia politik yang kerap disifatkan sebagai “a dirty game” itu mampu diBERSIHkan. Bukankah Islam itu umpama air mutlak? Sifatnya BERSIH & memBERSIHkan.

Islam akan ‘mengislahkan’ seluruh aktiviti manusia termasuk politik. Justeru, jika matlamat, kaedah & isi yang diperjuangkan oleh parti-parti politik yang majoriitnya dianggotai oleh orang Islam kini benar-benar Islamik, sudah tentu natijahnya lebih indah, harmoni & baik.

Anehnya, hal ini tidak berlaku. Wajah politik orang Islam menjadi semakin kotor & busuk! Politik sekarang adalah politik “RoboCop” –berpolitik tanpa hati & perasaan. Soal iman & akhlak seolah-olah dilupakan. Ironinya, kita terasa malu dengan orang bukan Islam kerana cara mereka berpolitik ada kalanya kelihatan lebih BERSIH.

Persoalannya, bagaimana kita boleh mendapat pemimpin-pemimpin yang baik jika proses untuk mendapatkannya sudah kotor & dicemari? Realitinya, rakyat kini semakin bimbang & bingung melihat sepak terajang ahli-ahli politik yang semakin meminggirkan nilai adab & akhlak.

Padahal politik dalam Islam adalah BERSIH. Urusan kepimpinan hakikatnya adalah amanah daripada Allah kepada setiap manusia. Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap kamu adalah penggembala (pemimpin) & setiap penggembala akan ditanya tentang gembalaanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Sering diungkapkan, sikap adil seorang pemimpin lebih utama daripada ibadah seorang abid. Malah pemimpin yang adil akan mendapat naungan Arasy di akhirat kelak.

Tegasnya, urusan kepimpinan menurut Islam adalah manhaj (jalan) untuk menegakkan ubudiyyah kepada Allah s.w.t. melalui khidmat sesama manusia. Dari segi istilah, politik bermakna “the arts & science of government”. Atau “siasah” dalam bahasa Arab berasal dari kata dasar yang bermakna “to lead, to guide, to conduct, to direct”.

Pemimpin mewarisi tugas Rasulullah s.a.w. untuk memimpin manusia & menyelamatkan nasib mereka, bukan hanya di dunia bahkan di akhirat. Bukan sahaja untuk mendapat kesenangan fizikal & material bahkan juga ketenangan & kebahagiaan rohani.

Begitu BERSIHnya matlamat politik & begitulah hendaknya, BERSIH jugalah kaedah kita berpolitik. Bagaimana berpolitik dengan cara yang BERSIH?

Jawabnya, ia mesti ditunjangi oleh aqidah yang mantap, dipantau oleh syariat & dihiasi dengan akhlak. Tanpa pemantapan elemen-elemen ini dalam diri ahli-ahli politik, urusan kepimpinan pasti akan diseleweng. Lihat sahaja apa yang dipaparkan oleh media massa cetak @ elektronik. Ibu bapa yang benar-benar berjiwa Islamik sudah berasa tidak selamat, malu & bimbang apabila berita & cerita negatif mula dipaparkan untuk tatapan umum.

Politik bukanlah gelanggang perebutan kuasa, politik wang, pertelagahan, pembelotan, kata-mengata, cerca-mencerca & fitnah-memfitnah. Malangnya, wajah itulah yang semakin mendominasi dunia politik kini sehingga hampir-hampir diterima sebagai satu budaya. Walaupun dalam arus politik perdana, persaingan & pertandingan tidak dapat dielak, tetapi persaingan & pertandingan itu boleh dilaksanakan secara sihat & BERSIH.

Apa yang penting adalah memberi penerangan & penjelasan tentang matlamat atau apa yang hendak kita perjuangkan. Boleh mengkritik, menegur malah menyalahkan pihak lain tetapi hendaklah dalam batas-batas syariat & akhlak Islamiah. Baik sesama rakan separti atau dengan parti lawan, kita seharusnya menjaga diri agar tidak dirasuk oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, dendam, marah, tamak dan lain-lain.

Untuk mendapatkan kedudukan atau pangkat tidak salah, tetapi dapatkanlah dengan cara bekerja keras, bukan dengan cara mengampu, menyogok atau mengancam. Ingatlah selalu, kuasa itu amanah. Ia adalah alat bukan matlamat. Setiap amanah akan dipersoalkan di akhirat nanti. Jadi, pikullah amanah itu dengan rasa takut kepada Allah & gerun akan neraka.

Jika kita yakin adanya hari akhirat, pembalasan syurga & neraka, maka kita akan mudah berkasih-sayang. Iman itu sinonim dengan persaudaraan. Dan InsyaAllah, apabila persaingan tamat, semua pihak seharusnya kembali bersatu demi meneruskan agenda membangunkan ummah sama ada dalam kerajaan @ pembangkang. Majoriti 2/3 dan minority 1/3 akan bertaut semula menjadi satu (3/3 = 1) demi kebaikan rakyat.

Tetapi perbezaan tetap ada, namun titik persamaan masih banyak dan masih boleh diperjuangkan bersama-sama!

Sumber : SOLUSI – Isu No. 31 – Halaman 3

Tuesday, July 5, 2011

Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM) UiTM 2011

Alhamdulillah.. Saya baru je kembali dari program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di main campus UiTM Shah Alam. Walaupun penat tapi sangat seronok di sana. Beberapa hari sebelum tu saya menerima panggilan telefon dari salah seorang MPP tentang keinginan untuk melibatkan diri secara sukarela utk program ni. Hati ini sangat2 teruja untuk join. Lepas je dapat keizinan dari parent hari tu juga saya menelefon semula utk memberi kata putus. Berikut adalah maklumat berkaitan:-

Nama Program: Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM) UiTM 2011

Tarikh: 29 Jun 2011 – 3 Julai 2011

Tempat: UiTM Shah Alam

SMGM adalah satu program kesukarelawanan anjuran Pusat Sumber Pekan (PRC) dan Pusat Siber Komuniti Sembrong (PSKS) untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 dari Parlimen Pekan dan Sembrong yang akan mengambil peperiksaan SPM pada akhir tahun. Program ini berlangsung selama 5 hari. 29 Jun 2011 dan 30 Jun 2011 adalah Kursus bagi SMGM. SMGM akan berlangsung pada 1 Julai 2011 sehingga 3 Julai 2011.

Objektif :-

  • memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM tidak lama lagi.
  • pelajar-pelajar yang hadir ke UiTM akan dapat merasa pengalaman melawat dan tinggal di IPTA.
  • Sebagai pelajar yang bakal menamatkan pelajar, SMGM dapat memberikan nasihat berkenaan pilihan IPTA dan kerjaya pelajar.
  • membina perhubungan antara pelajar IPTA dengan pelajar sekolah, iaitu melalui program Mentor-Mentee dan pelajar-pelajar mempunyai kesempatan untuk bertemu dengan pemimpin tertinggi negara.

Siapa yang terlibat?

Seramai 500 pelajar sekolah menengah dari daerah Pekan negeri Pahang Darul Makmur dan 500 orang pelajar sekolah menengah daerah Sembrong dari negeri Johor Darul Takzim serta 80 orang guru pengiring.

Pelajar UiTM akan bertindak sebagai mentor kepada setiap pelajar dari daerah Pekan dan Sembrong. Sebagai mentor, setiap pelajar UiTM akan mengadik-angkatkan sekurang-kurangnya 5 orang pelajar dari daerah Pekan dan Sembrong, dan memberi mereka nasihat berkenaan pelajaran, suasana kehidupan di universiti, bidang kerjaya dan sebagainya.

Ha..itulah sedikit sebanyak tentang program ni. Banyak juga manfaat yang saya dapat contohnya:-

  • Teamwork
  • Jalinan persahabatan dengan mentor2 (student UiTM main campus, Puncak Alam & Puncak Perdana Shah Alam)
  • Dapat beri nasihat & sokongan kepada adik2 angkat saya dari berlainan tempat & kaum
  • Dapat isi masa cuti dengan perkara yang berfaedah.
  • Dapat memberikan sedikit sumbangan tenaga kepada UiTM (UiTM di Hati ku) he..









Ini adalah adik2 angkat ku.. ^_^

Saturday, June 25, 2011

Kami di Pesta Buku Selangor 2011



Pada hari jumaat bersamaan 24 haribulan yang lalu, saya bersama adik saya ke Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC ) untuk mengunjungi Pesta Buku Selangor 2011.
Memang puas hatilah dapat datang ke sana. Mana tak nya, kami disambut dengan berjuta2 buah buku dari pelbagai penerbitan seperti Karangkraf, Telaga Biru, PTS, Cerdik Publications, Ujang (Komik) dan lain-lain lagi.
Memang rambang mata la dibuatnya. Tak tau mana 1 nak dipilih. Beli je mana2 buku kat sana, dapatlah 10% diskaun. Dari pagi sampai ke petang kami di sana. Kami beli 7 buah. Apa pun memang best lah kat sana. Kalau tiap2 tahun dapat anjurkan pesta buku kat sini, tiap2 tahun jugak lah kami pergi. Hee… =D